-->

5 Gambar Haiwan Paling Ditakuti Di Dunia

Haiwan paling ditakuti di dunia terutamanya pada manusia. Adakah mereka berbahaya kerana mereka menyerang manusia, boleh memasukan racun di badan anda, atau menyerang anda secara tidak sengaja atau hanya makan apa sahaja yang bergerak? banyak persoalan yang timbul namun ini adalah pendapat umum mengenai haiwan paling ditakuti di dunia.


1. Jerung

Jerung putih yang terkenal ini mungkin menjadi salah satu daripada haiwan yang paling ditakuti di dunia. Adakah kerana filem "Jaws" yang popular ketika beberapa tahun yang lalu atau manusia sebenarnya tidak memahami makhluk ini. 



2. Harimau

Harimau adalah salah tu haiwan yang paling ditakut di dunia, anda boleh lihat video di media sosial mengenai kehebatan harimau ini.  Makhluk yang luar biasa sehinggakan haiwan ini boleh menyeret mangsanya ke satu tempat untuk memakannya. Inilah antara sebab kenapa harimau menjadi haiwan yang ditakuti di dunia. 

Haiwan ini boleh dikatakan jauh lebih berani daripada singa dan harimau. Malah pemburu haiwan yang dikenali sebagai Kenneth Anderson menyatakan bahawa dia telah berhadapan beberapa kali dengan haiwan ini dan menurutnya ia jauh lebih menakutkan daripada harimau. Haiwan  ini dikenali sebagai harimau dahan dan beberapa kes dalam setahun, haiwan ini boleh membunuh sekitar 15 orang.



3. Katak Berbisa

Fakta yang menarik mengenai katak ini adalah mereka hanya mengeluarkan racun di kawasan hutan yang mereka tinggal. Namun jika katak ini dipelihara dengan baik, ianya tidak lagi menjadi ancaman pada manusia mahu pun haiwan lain. 

Para saintis percaya bahawa katak-katak ini menghasilkan racun mereka daripada makanan yang mereka makan contohnya arthropoda (Artropod ialah haiwan invertebrat yang mempunyai rangka luar, badan bersegmen, dan anggota bersendi. Artropod ialah ahli dalam filum Arthropoda, dan termasuklah serangga, araknid, krustasea, lipan, kala jeking dan lain-lain)



4. Kalajengking


Haiwan ini adalah "pembunuh manusia" banyak kes yang telah berlaku di seluruh dunia mengenai kematian manusia hasil dari racun berbisa haiwan ini. Walau pun saiznya kecil tapi pencapaiannya amat mengagumkan. 

Kalajengking ini mendapat namanya dari ekor yang sangat besar dan menyimpan racun yang sangat berbisa. Walaupun kalajengking ini tidak mencari manusia sebagai mangsanya, tetapi kawasan yang didiaminya berada berdekatan dengan manusia.



5. Ular

Haiwan ini menjadi salah satu makhluk yang paling ditakuti di dunia dan boleh didapati di kawasan Afrika, yang dikenali sebagai ular Black Mamba. Ular ini tidak suka pada mangsa yang dekat dengan mereka, jadi anda kena berhati-hati apabila ternampak haiwan ini.  Dan apabila haiwan ini merasa tidak selamat ia akan menyerang malah serangan mereka bukan hanya sekali, sebaliknya, mereka menyerang berulang-ulang kali sehingga sebilangan besar neuro- dan cardiotoxins akan memasuki tubuh badan mangsa sehingga mati.


Proses ini akan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari gigitan pertama, akan tetapi antivenin bagi mengubati bisa ular ini telah pun dijumpai. Malangnya, antivenin bagi ular tidak terdapat di banyak kawasan, maka ianya terhad. 



6. Komodo

Komodo dragon (Varanus komodoensis) atau sering dirujuk sebagai naga komodo secara rasmi. Biawak ini adalah jenis biawak yang terbesar di dunia. Panjangnya boleh mencapai 3 meter, seberat antara 870 hingga 150 kilogram. Komodo dragon ini hanya dapat ditemui di Indonesia.

Biasa pada liur komoda ini boleh menyakibatkan pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, lumpuh otot, dan induksi hipotermia, yang membawa kepada kejutan dan kehilangan kesedaran dalam mangsa.