Elvis Masih Hidup (4 Gambar)


Benarkah Elvis masih hidup? Ramai yang terkejut dengan kenyataan ini, terutamanya kepada peminat setia Raja Rock n Roll iaitu Elvis Presley.  Kenyataan ini berlaku apabila penyebaran sekeping gambar menunjukkan Elvis duduk bersama cucunya yang juga anak kepada anak perempuannya, Lisa Marie.


 Gambar lelaki warga emas di atas didakwa serupa dengan wajah Elvis ketika zaman mudanya.

Menurut ahli teori konspirasi, mereka sering mendakwa penyanyi itu memalsukan kematiannya untuk melarikan diri dari dunia glamor dan memulihkan kesihatannya.

Dan kini teori itu kembali dibangkitkan. Wartawan Fox News Suzanne Stratford mengetuai satu siasatan terhadap konspirasi itu pada 2002.


Dalam siasatannya, Suzanne bercakap dengan pakar psikiatri Dr Donald Hinton yang mendakwa pernah merawat penyanyi itu selama lima tahun.

Dr Donald mendakwa dia menulis sebuah buku mengenai pemalsuan kematian itu bersama Elvis dengan menggunakan nama abangnya, Jesse.



"Dalam buku itu, Dr Hinton mendakwa ada mengambil gambar Evlis pada 1997 semasa lawatan bersama dengan Lisa-Marie dan anaknya, Benji," kata Suzanne.



Gambar Elvis Presley tahun 1977

Untuk pengetahuan anda, Elvis Presley dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 Ogos 1977 di kediamannya di Graceland, AS.-sumber