-->

10 Emoji WhatsApp Yang Disalah Erti



Emoji whatsApp  adalah salah satu cara berkomunikasi bagi menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti oleh kita, yang selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.

Oohsenyum sendiri pun baru tahu mengenai fungsi atau maksud di sebalik simbol emoji whatsapp ini. Dan pasti anda semua terkejut maksud sebenar simbol emoji whatsapp yang selama ini kita salah ertikan.

Gambar di bawah adalah emoji whatsApp yang disalah ertikan, jangan lupa share artikel ini di facebook anda ye.

1. Emoji Memohon Doa


Ramai pengguna di luar sana  keliru dengan emoji yang melambangkan  "orang yang tengah berdoa". Sebenarnya, ini adalah isyarat yang digunakan oleh negara Jepun untuk meminta maaf. Di samping itu, masyarakat di Amerika pula mengatakan bahawa emoji bermaksud "High Five".


2. Emoji Mulut Muncung


Mungkin anda fikir yang emoji ini bermaksud "memberi ciuman". Sebenarnya emoji ini adalah melambangkan whistling atau dalam bahasa melayunya bersiul. Jadi harap anda semua boleh ubah, ini kali lah.


3. Reben Berwarna Pink


Mungkin kita jarang guna simbol emoji ini, dan kebanyakkan nya orang mengguna simbol ini bagi menunjukkan "lawan kanser". Dan bagi pengguna whatsApp simbol ini digunakan sebagai bentuk meraikan peristiwa yang menggembirakan.


4. Simbol Emoji Tunjuk Ke Bawah


Emoji ini bukan saja digunakan untuk mengarahkan perhatian pada rakan perbualan anda kepada teks yang telah anda hantar, tetapi ianya juga melambangkan perasaan sedih. Pelik bukan..


5. Simbol  Emoji "penumbuk arah ke kanan"


Penumbuk yang menghadap ke kanan ini adalah simbol sebagai tanda rasa hormat dan ucapan selamat  kepada rakan anda. 


6.  Topeng Berwajah Merah


Sebenarnya simbol ini mewakili topeng hantu atau saitan di negara jepun. Atau lebih dikenali sebagai Tengu. Simbol emoji ini adalah cara untuk memberi isyarat kepada rakan perbualan anda bahawa mereka adalah seorang yang sombong. Tengok pada hidung patung ini, panjang seperti watak kartu pinocchio. 


7. Simbol NG


Jarang kita guna simbol ini dalah whatsApp, tapi untuk pengetahuan anda simbol ini adalah bermaksud "Not Good". Baru anda tahu bukan.


8. Emoji Lelaki Tunduk

Sebenarnya emoji lelaki tunduk ini adalah dipanggil dogeza di negara Jepun. Dogeza adalah elemen etika Jepun tradisional yang melibatkan berlutut secara langsung di tanah dan membungkuk untuk bersujud ketika menyentuh kepala seseorang ke lantai.


9. Muka tidur atau Face Sleepy


Walaupun secara teknikal dipanggil 'Face Sleepy', emoji ini sebenarnya membawa makna yang lain, iaitu kesedihan. 


10.  Simbol Emoji Muka Marah 


Dalam kaji selidik yang dijalankan lebih kurang 69% orang menyatakan yang simbol emoji ini menunjukkan seseorang itu 'sangat marah. Ia sebenarnya bermaksud 'mengekspresikan kemenangan selepas kekecewaan besar'.

Walau bagaimana pun, semua simbol emoji whatsApp ini adalah bergantung dengan kefahaman seseorang itu terhadap simbol ini. Jika dia faham mengenai simbol yang kita kirim, maka teruskan simbol tersebut. Kita takut kerana satu simbol maka rosak susu sebelanga, ini pantut baru ok.

Sumber