-->

7 Kg Plastik Sampah Dalam Perut Rusa (6 Gambar)



Seekor rusa ditemui matv selepas menelan 7 kilogram plastik sampah seperti beg plastik dan sarung tangan getah dalam perutnya. Kes ini berlaku di negara Thailand dan berita seperti ini menimbulkan lagi kebimbangan mengenai sisa-sisa sampah yang mencemarkan perairan dan hutan negara tersebut.


Untuk pengetahuan anda di Asia Tenggara ini adalah salah satu daripada pengguna plastik yang terbesar di dunia. Seperti negara Thailand, penduduk negara tersebut menggunakan sehingga 3,000 beg plastik sekali pakai setiap tahun untuk membungkus makanan.



Menuurt pihak berkuasa Thailand rusa yang berusia 10 tahun ini ditemui matv di Taman Negara di wilayah Nan, yang terletak kira-kira 630 km di utara ibu kota Bangkok.




"Daripada keputusan bedah siasat, didapati bahawa beg plastik yang berada dalam perut rusa tersebut adalah salah satu punca kematvannya," kata Kriangsak Thanompun, Pengarah Kawasan Perlindungan di Taman Negara Khun Sathan.



Antara kandungan sisa sampah yang berada dalam perut rusa tersebut adalah beg plastik, paket bungkusan kopi, mi segera, sapu tangan, pakaian dalam, tali dan sarung tangan getah.-sumber


Cancel

Terima Kasih atas comment anda