Bangkai Gajah Ditemui Tanpa Kepala (4 Gambar)


Bangkai seekor gajah ditemui tanpa berkepala di wilayah Riau, Indonesia. Gajah Sumatera ini adalah seekor gajah jantang yang berusia 40 tahun, menurut pihak berkuasa mereka  mempercayai bangkai gajah ini telah lama matv, lebih kurang seminggu lalu.


Menurut Ketua Agensi Pemuliharaan Tempatan, Suharyono kepalanya dipotong dan gadingnya yang pecah ditemui kira-kira satu meter dari bahagian badan. Kami mengesyaki gajah itu diburu dan dibunuh sebelum kepalanya dipenggal untuk mengeluarkan gading.


Penebangan hutan yang berleluasa telah mengurangkan habitat semula jadi spesies tersebut, malah gading haiwan itu pula berharga dalam perdagangan hidupan liar haram.




Tahun lalu, bangkai seekor gajah tanpa gading ditemui di wilayah Aceh dipercayai mati akibat diracun. Kementerian Alam Sekitar Indonesia menganggarkan kurang daripada 2,000 gajah Sumatera masih berada di hutan.-sumber