-->

Pereka Fesyen Pakaian Gaya Profesional (10 Gambar)


Pereka fesyen terkenal dari Moscow yang dikenali sebagai Alexandr Rogov, telah menampilkan gaya profesional bagi penduduk Moscow. Iaitu dengan menunjukkan keadaan wajah mereka sebelum dan selepas diubah suai oleh pereka fesyen ini.



Dengan sentuhan dari beliau , perubahan ketara dapat dilihat, sehingga kita sendiri dapat menilai bertanpa jauhnya perbezaan mereka sebelum dan selepas digayakan oleh beliau. Itulah kelebihan pereka fesyen, yang peka dengan kehendak dan perkembangan sekeliling.


Bukan wanita saja, malah perubahan ini juga dibuat kepada kaum lelaki. Jadi jangan lupa share pada suami atau ister, atau pun rakan-rakan anda agar mereka tahu perkembangan fesyen. Tak perlu bergaya sangat, yang penting kemas dan warna pakaian yang sesuai.


Sedikit latar belakang Alexandr Rogov, beliau memulakan kerjayanya di televisyen pada tahun 2003 sebagai penolong pengarah dalam rancangan realiti "Hunger in Berlin". Kemudian mengikutinya pada musim kedua  di New York dalam rancangan realiti "The Nanny Hurries to the Rescue".

Alexandr Rogov juga memberi perhatian khusus kepada pereka Rusia dengan mengambil bahagian dalam pembangunan koleksi, menasihati pereka muda. Banyak jenama Rusia yang mulai terkenal, seperti Viva Vox, Konstantin Gayday, dan Cyrille Gassiline.  

Pada tahun 2014, Alexandr Rogov memenangi penamaan Trendsetter of the Year mengikut edisi belia OOPS!  iaitu Choice Awards, dan juga dicalonkan dengan rancangan "online in 24 hour" sebagai "Pameran TV Fesyen Terbaik".

Gambar di bawah adalah hasil sentuhan dari Alexandr Rogov, jangan lupa share ye.










Sumber



Cancel

Terima Kasih atas comment anda