-->

Katak Terbesar Di Dunia (5 Gambar)



Katak terbesar di dunia adalah katak yang dikenali sebagai katak Goliath Frog atau nama saintifiknya ialah ConrauaGoliath. Katak ini tersenarai dalam haiwan terancam dengan populasinya yang semangkin berkurang sejak 18 tahun yang lalu.



Kenapa katak terbesar di dunia ini semaking berkurang? disebabkan kemahuan manusia yang percaya katak ini memberi khasiat sehingga katak jenis ini diburu seperti daging liar.  Selain itu juga katak jenis ini dijual di pasar haiwan peliharaan eksotik. Menurut International Union for Conservation of Nature (IUCN) katak Goliath ini terancam kerana jumlah spesis menurun sebanyak 50 peratus dalam populasinya.




Mungkin 10 atau 20 tahun akan datang genarasi kita tentu tidak dapat melihat dan mengenai katak Goliath ini.  Untuk pengetahuan anda, katak ini membesar sehingga berukurang 30 cm dan beratnya boleh mencapai 3 kg hingga 3.33 kg. 





Habitan katak ini biasalah di waktu malam dan duduk di atas batu-batu sungai untuk mencari makanan. Katak Goliath biasanya didapati kawasan negara Afrika Barat, Kamerun dan Guinea Khatulistiwa.



Apa yang menariknya katak terbesar di dunia ini adalah ianya adalah salah satu daripada amfibia tertua di dunia. Kerana, Goliath telah wujud sejak 250 tahun yang lalu di era dinosaurus. Katak ini dikatakan boleh hidup sehingga usia 15 tahun.


Sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda