-->

Kekasih Sanggup Menyamar Menjadi Wanita (3 Gambar)


Kes ini berlaku di Kazkhstan, seorang lelaki dikenali sebagai Ayan Zhademov berjaya ditangkap atas percubaan menyamar menjadi seorang wanita, untuk menjalani peperiksaan akhir di sebuah kolej.


Menurut Ayan teman wanitanya yang berusia 17 tahun mengalami tekanan sebelum menjalani peperiksaan Ujian Kebangsaan Bersepadu untuk memasuki sebuah kolej di Kazakhstan. Ayan telah mencuba pelbagai cara bagi memujuk kekasihnya menjalani peperiksaan tersebut, namun usahanya gagal. 

Demi cinta Ayan pada teman wanitanya, Ayan mengambil keputusan untuk menyamar sebagai seorang wanita bagi menggantikan teman wanita menjalani peperiksaan.


Sebelum memasuki bilik peperiksaan di Zhetisai, sebuah bandar di selatan Kazakhstan, Ayan menyamar dirinya dengan memakai rambut palsu hitam, dan berpakaian wanita.

Penampilannya nampaknya tidak dapat menipu jawatankuasa peperiksaan. Mereka merasa curi apabila melihat Ayan lalu mereka mendekati beliau. Mereka bertanyakan beberapa soalan pada Ayan, akhirnya suara ayan semakin lama semakin kedengara suara lelaki.

"Dia cuba bercakap dengan nada suara yang tinggi, tetapi sangat jelas bahawa ia adalah suara lelaki," 

"Kami mengesyaki terdapat seorang wanita lain yang menggantikan calon peserta untuk mengambil ujian, tetapi kami tidak pernah menganggap dia seorang lelaki. Sehingga dia bercakap. "kata jurucakap jawatankuasa peperiksaan itu. 


Hasilnya, Ayan didenda sebanyak US $ 2,000. Apa yang dilakukan Ayan telah menjadi lambang romantik di kalangan remaja di negara tersebut. Dia juga semakin popular, dan ramai remaja wanita yang mula berharap menjadi kekasih seperti Ayan.-sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda