-->

Ular Tedung Dalam Mangkuk Tandas (3 Gambar)


Kes ini berlaku di negara Thailand, melalui laman sosial facebook seorang lelaki dikenali sebagai Adisak Thanomsil menjumpai ular tedung di dalam mangkuk tandas rumahnya.


Menurut Adisak, pada masa itu dia ingin membuang air besar. Tetapi sebelum dia duduk di atas permukaan tandas tersebut, dia sempat melihat lubang pada mangkuk tandas itu. Alangkah terperanjatnya dia melihat seekor ular tedung yang besar, berada dalam mangkuk tandasnya.


Tidak dapat dibayangkan sekiranya dia terus duduk di tandas itu. Terdapat beberapa gambar bagi menunjukkan ular tedung itu berada di dalam lubang mangkuk tandasnya. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk memberi pengajaran pada orang lain, mengenai sentiasa berhati-hati terutamanya bila berada di bilik air.



Pada musim hujan kini, kita perlu mengambil perhatian di kawasan persekitaran di rumah kita. Pastinya kawasan rumah kita bersih, seperti rumput halaman rumah perlu dipotong, peparitan rumah kena bersih dan banyak lagi. 

Ingat! musim hujan akan banyak ular keluar dari sarangnya untuk mencari makanan. -sumber


1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda