-->

Apa Yang Paling Besar Di Bumi Ini (8 Gambar)


Apa yang paling besar di bumi kita ini? susah nak jawab soalan ini, macam-macam ada, terlalu banyak. Dan di bawah ini adalah beberapa benda atau perkara yang tersenarai paling besar di bumi ini.


Burung Terbesar


Sekitar 6 juta tahun yang lalu, terdapat burung terbesar yang pernah hidup di bumi, yang dikenali sebagai Argentavis. Maksud bagi Argentavis ialah "burung Argentina yang luar biasa". Burung ini diklasifikasikan sebagai pemangsa yang tinggal di Argentina dan Amerika Selatan.


Pembesaran Argentavis boleh mencapai sehingga 70 kilogram dan sayapnya 7 meter lebar. Saiz sayap Argentavis adalah kira-kira dua kali ganda saiz Royal Albatros. Royal Albatros adalah salah satu burung terbesar di dunia yang masih hidup hingga ke hari ini.


Pokok Terbesar


Ini adalah pokok gergasi, pokok yang terbesar di dunia. Pokok ini tumbuh di kawasan kecil di lereng gunung Sierra Nevada, California, Amerika Syarikat. Pokok ini dikenali sebagai Giganteum Sequoiadendron atau sequoia gergasi.


Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai pokok ini antaranya ialah : 


1. Pokok raksasa ini memerlukan iklim tertentu. Khususnya, ia hanya tumbuh secara semulajadi di kawasan sempit, kira-kira 420 km antara hutan konifer di sebelah barat pergunungan Sierra Nevada, pada ketinggian 1,500 - 2,000 meter di atas paras laut. 

2. Pokok ini juga boleh mencapai usia sehingga 3,000 tahun.

3. Dari segi keluasan diameter pokok ini boleh mencapai sehingga 2.5 meter.

4. Manakala Kulit pokok ini tebalnya sehingga 90 cm.


Dinosaur Terbesar


Amphicoelia adalah jenis haiwan Dinosaur yang terbesar di bumi ini. Pada mulanya dinosaur Amphicoelia hidup  145-161 juta tahun yang lalu. Menurut kajian dinasaur ini boleh mencapai 58 meter panjangnya.


Rusa Terbesar


Rusa Ireland atau rusa gergasi, adalah sejenis rusa paling besar di dunia. Memiliki tanduk yang sangat besar yang boleh mencapai lebih dari 5 meter lebar. 


Rusa gergasi ini di temui pada sekitar 2 juta tahun yang lalu. Dan ianya mulai pupus apabila hutan mula membesar dan menyukarkan dia untuk hidup dikawasan yang sempit. 


Skrin Video Terbesar


Stadium Sao Paulo, di Arena Corinthians, Brazil adalah sebuah bangunan yang sangat besar. Menjadi stadium tuan rumah pada tahun 2014 semasa Piala Dunia FIFA berlangsung di Brazil. Apa yang menariknya di stadium ini adalah, ianya memiliki skrin video paling besar. 


Skrin ini dapat memaparkan imej, video, dan maklumat scoreboard yang akan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja walaupun berada jauh dari stadium. Skirn video ini mempunyai ketinggian 20 meter, panjangnya pula 170 meter dan lebih daripada 210,000 LED.


Sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda