-->

Pelik Manusia Berwajah Syaitan (4 Gambar)



Kes ini berlaku di negara Brazil, Seorang lelaki sanggup mengubah wajahnya seperti syaitan kerana minat dengan penampilan syaitan. Kebanyakkan manusia di dunia ini, membayangkan wajah syaitan memiliki tanduk dan berwajah buruk.


Lelaki ini dikenali sebagai Michel Faro do Prado , berusia 44 tahun yang berasal dari Sao Paulo, Brazil. Beliau berkerja sebagai pelukis tattu selama 25 tahun.

Wajah Michel sangat menarik perhatian orang ramai, ini kerana wajahnya kelihatan sangat pelik. Dengan wajah seperti utu, Michel sanggup mengabiskan wangnya dengan kelihatan pelik dan menakutkan.


Isteri beliau yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada suami tercinta

Selain pembedahan wajah, dia turut melakukan pembedahan pada bahagian gigi agar penampilannya lebih realistik. Bukan itu sahaja, dia turut mendapat sokongan isterinya dalam melakukan transformasi berkenaan.



Namun kata Michel, dia sebenarnya tidak berniat untuk dikenali sebagai manusia syaitan, namun gelaran itu melekat kerana panggilan orang ramai terhadapnya.

Malah dedahnya, dia masih lagi ada agama dan suka melakukan perkara baik. Selain isteri, keluarga dan rakan-rakan juga menyokong Michel.


Malah katanya, setiap individu mempunyai perbezaan tersendiri dan semua orang patut hidup dalam suasana damai dan penuh rasa hormat. -sumber

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda