-->

Cara Simpan Makanan Lebih Lama


Terdapat beberapa cara untuk membuat makanan di rumah anda tahan lama.  Semenjak berlakunya pandemik Covid 19 di negara kita, ramai antara kita yang "stayhome" bagi memutuskan wabak ini menjadi lebih teruk.


Makanan menjadi sangat penting pada waktu ini, terutamanya apabila anda sentiasa berada di rumah. Dengan pergerakan yang terhad kadang kala menjadikan anda sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat. Akhirnya anda terpaksa makan makanan jenis segera. Maka dengan tips ini, mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenai cara menyimpan makanan anda lebih tahan lama.

Terdapat beberapa cara untuk anda membuat makanan lebih tahan lama. Salah satunya ialah memberi perhatian terhadap suhu terutamanya suhu peti sejuk anda. Menurut Food and Drug Administration (FDA) atau dalam bahasa melayunya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan, suhu pada peti sejuk mestilah berada di bawah 4 darjah Celcius, manakala bahagia beku di peti sejuk mesti beradadi bawah sifar darjah Celcius.

Berikut adalah beberapa cara untuk menyimpan makanan anda supaya ia bertahan lebih lama.


1. Avokado dengan Jus Lemon.


Avokado mempunyai beberapa nutrien yang penting untuk badan kita. Avokado juga mengandungi sebatian antioksidan yang melindungi tubuh badan daripada pelbagai penyakit. Jika anda mempunyai avokado yang tersisa, anda boleh menyimpannya dengan mengoksidakannya terlebih dahulu.


Dengan cara masukkan jus lemon pada avokado. Asid sitrik bertindak sebagai pengawet semulajadi. Balutkan avokado dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.

Asid sitrik adalah salah satu asid lemah yang banyak didapati dalam buah lemon, limau,dan oren. 

Asid sitrik sebagai pengawet makanan: Dengan memanipulasi pH sesuatu makanan, pertumbuhan bacteria, kulat dan yis dapat dikawal. Kebanyakkan bakteria, kulat dan yis membiak dalam lingkungan pH 5 – 7. 

Penambahan asid sitrik kedalam makanan/minuman dapat menurunkan pH makanan/minuman tersebut. Secara tidak langsung merencat pertumbuhan bacteria, kulat dan yis. Maka makanan/minuman tersebut dapat bertahan lebih lama.


2. Salad dengan Tisu


Salad jenis yang cepat layu dan berlendir jika tidak disimpan dengan betul. Dengan cara pindahkan salad kepada beg plastik atau bekas yang diperbuat daripada plastik. Tambah beberapa helai tisu di bahagian atas dan bawah sebelum menutup bekas tersebut. 

Tujuan mengunankan tisu adalah tisu boleh menyerap air berlebihan secara berkesan yang membuat salad  layu sebelum digunakan. 

Di samping itu, bagi menyegarkan sayur ini daripada layu anda boleh merendamkan sayur salad dalam air sejuk selama 30 minit. 


3. Kek dengan Roti 


Untuk pengetahuan anda, penyimpanan kek pada balang  tidak akan membuat kek kekal segar. Untuk menyimpan kek, simpan kek itu dalam beg plastik dengan separuh roti di dalamnya.


4. Simpan Susu dalam Peti Sejuk.


Peti sejuk mempunyai beberapa bahagian yang berbeza. Bahagian paling sejuk terletak di belakang rak tengah dan di atas. Untuk membuat susu segar lebih lama, jangan simpan di kawasan berdekatan dengan pintu peti sejuk. Masukkan susu di belakang rak. 


5. Simpan Sayuran di Laci Peti Sejuk 


Kebanyakan sayur-sayuran akan menjadi layu apabila dibiarkan dalam bungkusan asal. Walau bagaimanapun, sayur-sayur ini akan bertahan lebih lama sekirannya di letakkan di laci peti sejuk. Itu lah kegunaan laci peti sejuk.


6. Tutup bahagian Atas Pisang Dengan Plastik


Pisang mengandungi banyak serat dan antioksidan yang memberi manfaat kepada badan. Vitamin juga banyak, seperti kalium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, tembaga, mangan, karbohidrat, dan protein.

Pisang sangat mudah untuk masak, untuk melambatkan proses ini, anda perlu tutup atau balut bahagian atas pisang tersebut supaya ia boleh disimpan selama beberapa hari lagi.


7. Bekas Sisa Makanan


Bekalan sisa makanan tidak boleh dibuang begitu sahaja. Makanan tersebut masih lagi boleh dimakan tepi kena lah dipanaskan terlebih dahulu.

Simpan sisa makanan di dalam bekas yang betul dan letakkan di dalam peti sejuk di bahagian atas sehingga ia membeku. Jika anda mahu mengambilnya, anda hanya perlu memanaskannya.


Sumber


Cancel

Terima Kasih atas comment anda