-->

Kisah Inspirasi : Cantik-Cantik Pun Terkena Covid-19



Kisah Inspirasi kali ini berlaku di negara Amerika Syarikat, seorang remaja dari Nashville, telah memuat naik sebuah videonya yang menyatakan, yang dia tidak mempedulikan perintah kerajaan mengenai pencegahan virus corona (covid-19).



Menurut remaja ini dalam video tersebut 


"saya sedar yang kita sepatutnya mengasingkan diri dan menjauhkan diri, untuk memastikan semua orang selamat" 

"bagus lah macam tu. Saya faham. Cuma saya fikir yang saya tidak akan mendapat virus itu, "

Remaja ini dikenali sebagai Ireland Tate, berusia 21 tahun, dia dan rakannya kerap kali berkumpul di rumah rakanya. Pada satu hari, Tate mengalami demam dan batuk, setelah dia diuji didapati dia positif covid-19. 



Dengan keputusan itu, Tate sangat kecewa, malah dia menyalahkan salah seorang rakanya yang membawa penyakit itu kepadanya. Gejala wabak covid-19 yang Tate rasakan sangat teruk, menurut Tate dia merasakan seperti seseorang yang sedang duduk di atas dadanya, menyebabkan dia merasa sangat sukar untuk bernafas . 



Begitu juga dengan batuk yang dia alaminya, sangat teruk sehinggakan keluar darah. Kini dia sedang mengurungkan dirinya di rumah ibubapanya dan dia dinasihati agar tidak memandang rendah mengenai wabak covid 19 ini.

Ireland Tate sedar akan kesilapannya, dia menyatakan 


“While it may not be affecting you, you could be affecting someone’s grandma or grandpa or aunt or uncle or sister,” -sumber


Kepada ibubapa, sila ambil perhatian terhadap anak anda. Ini kerana sekirannya mereka kerap kali berkumpul bersama rakannya diluar rumah berkemungkinan besar anak anda akan membawa wabak covid 19 ke rumah anda. Anak anda mungkin tidak mengalami gejala wabak covid 19, tetapi dia mungkin menjadi pembawa wabak ini, dan sangat mudah wabak ini berjangkit.



Untuk pengetahuan anda, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa kes yang positif Covid-19 di Malaysia telah bertambah sebanyak 156 orang.Dan ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dijangkiti di Malaysia meningkat kepada 2,626 orang. Manakala jumlah kemvatian disebabkan oleh Covid-19 terus meningkat kepada 37 orang.


Namun begitu, pesakit Covid-19 yang telah berjaya disembuhkan di Malaysia terus meningkat iaitu 479 orang. Semoga negara kita berjaya mengatasi masalah wabak Covid-19 ini, stayhome dan teruskan berdoa.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda