-->

Lukisan Menarik Mengenai Syarikat Terbesar Dunia (5 Gambar)


Seorang lelaki yang mahir dalam bidang lukisan kini semakin dikenali antarabangsa. Beliau dikenali sebagai Sillvi, seorang lelaki korea yang lahir di Canada.-sumber


Apa yang menariknya lukisan beliau adalah idea yang unik dan berkaitan dengan keduniaan. Seperti gambar di bawah ini, karya lukisan yang mengabungkan syarikat terbesar dengan kemahiran beliau.

Selain lukisan, Sillvi juga memiliki chanel youtube bermula pada tahun 2018 sehingga kini. Antara yang menarik dalam chanel youtube beliau yang dikenali sebagai Sillvi Studios, beliau mengajar para penonton bagaimana melukis dengan cara yang lebih baik, teknik yang sepatutnya dan banyak lagi.

Gambar di bawah ini adalah hasil dari karya lukisan Sillvi di instagram beliau sillvi_illustrations. Lebih dari 200 post lukisan yang dihasilkan beliau dan lebih daripada 300 ribu follower yang mengikuti perkembangan beliau.




Ini adalah logo Kentucky Fried Chicken atau singkatannya sebagai  KFC, KFC salah satu syarikat terbesar dalam jenama makanan segera yang terkenal di dunia. Restoran makanan segera yang diasaskan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Colonel Harland Sanders pada tahun 1952. Colonel Harland Sanders yang lahir pada 9 September 1890 ,  merupakan seorang ahli perniagaan berbangsa Amerika Syarikat. Dan sehingga hari ini, perniagaannya KFC telah berkembang menjadi salah satu yang terbesar dalam sistem makanan segera di dunia. 



Ini adalah Burger King yang merupakan sebuah rangkaian makanan segera antarabangsa yang lebih banyak menjual hamburger, kentang dan minuman bergas. Untuk pengetahuan anda, di Australia lebih dari 200 buah restoran di buka, tetapi bukan Burger King, ianya dikenali sebagai Hungry Jack's. 

Sebenarnya Hungry Jack's Pty Ltd. adalah francais makanan segera Australia dari Burger King Corporation. Balik pada lukisan, siapa lelaki itu, itulah lukisan bagi menunjunkkan seorang raja, raja pada semua burger, dan dia tidak berkaitan dengan loga asal tersebut.


Ini adalah sebuah syarikat dikenali sebagai Wendy's, sebuah restoran makanan segera yang diasaskan oleh Dave Thomas di Dublin, Ohio pada tahun 1969, dan kini dimiliki oleh Wendy's International, Inc, sebuah perbadanan Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan anda, semasa Dave Thomas mula menubuhkan syarikat ini, beliau tertekan dengan mencari idea bagi membentuk logo syarikatnya.

Dave memerlukan logo unik untuk menarik para pelangan, kerana pada masa itu perniagaannya baru dan terpaksa bersaing dengan perniaga lain.

Dave kemudian melihat anak keempatnya, Melinda Lou Thomas, yang ketika itu masih berusia 8 tahun, lalu dihadapannya.

Melihat anak perempuannya, yang mempunyai rambut merah dan berkulit putih, dan memiliki bintik merah di wajahnya, membuat Dave membuat keputusan untuk menjadikan wajah anaknya sebagai logo syarikatnya.-sumber





Ini adalah Jack in the Box sebuah restoran makanan segera Amerika yang ditubuhkan pada 21 Februari 1951, oleh Robert O. Peterson di San Diego, California.

Kebanyakan cawangan restoran makanan segera ini berada di California, Texas, Arizona, dan Washington. Jack in the Box adalah salah satu persaing dengan makanan segera seperti McDonald's, Taco Bell, Kentucky Fried Chicken dan Wendy's. Siapa lelaki itu, itu hanyalah idea lukisan berdasarkan perkataan "Jack in the Box".

Jollibee ialah sebuah rangkaian multinasional restoran makanan segera Filipina yang dimiliki oleh Jollibee Foods Corporation yang ditubuhkan pada tahun 1987. 

Apa yang menariknya Jollibee ini? walaupun saingan mereka seperti  McDonald's dan KFC, syarikat yang sangat popular di dunia ketika itu. Mereka tetap bersaing dengan cara, menurunkan harga makanan mereka lebih murah berbanding pesaingnya. 



Dan terakhir Syarikat ini dikenali sebagai McDonald's, ditubuhkan pada tahun 1940  oleh adik-beradik iaitu Dick dan Mac McDonald. Apa kena mengenai badut ini dengan McDonald? Untuk pengetahuan anda badut ini hanya muncul 15 tahun kemudian setelah penubuhan makanan segera ini, dan waktu itu badut ini dikenali sebagai Ronald McDonald, Hamburger-Happy Clown . 

Kehadiran Ronald di McDonald ini meningkatkan lagi keuntungan mereka. Ini kerana, pada masa itu maskot badut menjadi sensasi bukan saja dapat menarik orang dewasa malah kanak-kanak, sekali gus sekeluarga datang ke McDonald.-sumber


2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda