-->

Myanaliza Binti Ruslee Meninggal Dunia



Seorang penyanyi yang terkenal Myanaliza Binti Ruslee atau lebih dikenali  Maya Matahari dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Menurut rakannya Hafiz Jamal di instagram beliau, Arwah meninggal dunia akibat kanser yang dihadapinya sejak sekian lama.-sumber


Arwah adalah seorang penyanyi dan pelakon yang dikenali ramai, arwah dilahirkan pada 13 Mei 1986 di Johor Bahru. Beliau menceburi bidang seni dengan munculnya melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul "Matahari". Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu "Diari Biru" dan "Mata". Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan di layar perak dan pementasan.



Pada tahun 2018, arwah perna muncul semula dengan menjadi peserta Gegar Vaganza musim ke-5, dengan lagu barunya ketika itu "Perlu Ada Setia". 

Menurut  pemilik facebook Tengku Khalidah Tengku Bidin, arwah sudah lama menderita penyakit kanser. 


Ketika kanser menyerang batang tubuhnya yang kerdil kami tidak lagi dapat berjumpa dan dia banyak memilih mendiamkan diri sambil diam-diam membuat rawatan. Jauh kembaranya mencari keafiatan, hingga ke negara China, sampai berbulan-bulan lamanya.




Marilah kita doakan rod Myanaliza Binti Ruslee agar diletakkan dikalangan orang-orang beriman. Sebagai muslim,beringatlah yang kemvtian itu akan datang tiba-tiba. 

Jangan takut pada kemvtian, takutlah kamu selepas kemvtian.



Cancel

Terima Kasih atas comment anda