-->

Pakej Umrah Terbaik (5 Gambar)



Sebelum anda memilih pakej umrah yang terbaik pada tahun 2020, anda perlu selidik dahulu pakej umrah yang telah disediahkan dan jangan percaya bulat-bulat dengan penawaran yang menarik seperti  pakej VIP, pakej bersama selebriti dan banyak lagi.


Ini kerana ramai orang yang telah menjadi mangsa penipuan pakej umrah,walhal perkara ini boleh dielakan jika para bakal jemaah membuat sedikit penyelidikan dan semakan terhadap syarikat pengendali pakej.

Oleh itu,  terdapat beberapa cara untuk memilih pakej umrah yang sesuai dengan bajet dan kemampuan anda, antaranya adalah :


1. Semak Status Pendaftaran Agensi Dahulu

Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, ejen pelancongan yang membawa jemaah haji dan umrah semestinya berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), dan dilesankan dalam 2 perkara iaitu:






Dan jika anda membuat pembayaran melalui wakil syarikat persendirian, yayasan, atau koperasi, mereka ini sebenarnya tidak mempunyai lesen sebagai pengendali umrah.



2. Selidik Latar Belakang Agensi 


Ini bertujuan bagi memastikan agensi yang dipilih anda tidak terlibat dengan kes-kes penipuan, disenarai hitam ataupun pernah mempunyai masalah pengurusan Jemaah ketika menunaikan umrah ataupun haji.

Selain itu, pastikan agensi tersebut mempunyai Lesen Khas Umrah dan permit untuk ‘outbound’ yang sah. Ini kerana terdapat agensi yang pernah mengurus umrah dan visa menipu berulang kali dari syarikat yang sama. 

Bagi memudahkan anda, sila semak latar belakang agensi tersebut seperti di bawah ini :




3. Pakej Umrah Yang Boleh Dipercayai


Anda perlu peka dengan pakej umrah yang ditawarkan oleh agensi, di bawah ini adalah senarai pakej standard umrah yang mesti ada dalam pakej umrah tersebut, iaitu :


  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa Umrah
  • Penginapan
  • Operator yang sah / ‘Ground transport’
  • Makanan
  • Lawatan / ziarah
  • Diiringi oleh wakil syarikat
  • Mutawif
  • Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian



Apa itu Mutawif? Mutawif itu berasal dari kata “Thawaf“. Mutawwif adalah orang yang mengajar jemaah haji / umrah, mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan permasalahan haji dan umrah serta amalan yang berteraskan islam, dan juga melayani jemaah semasa mereka melaksanakan ibadah haji / umrah.

Berbalik pada pakej umrah, setelah anda  mengenal pasti pakej umrah tersebut. Sila simpan dengan selamat, apa saja risalah, brosure, resit pembayaran dan dokumen berkaitan pakej umrah dan haji yang ditawarkan.

Perkara ini sangat penting agar anda boleh merujuk semula dan menjadikan ia bukti seandainya berlaku apa-apa masalah di kemudian hari.

Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya meneliti tawaran-tawaran yang terdapat dalam pakej tersebut bagi memastikan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan.


Pakej Umrah Terbaik 2020


Sebenarnya terdapat banyak pakej umrah terbaik bagi tahun 2020, masing-masing mempunyai tawaran yang menarik dan juga pakej ini akan berubah-ubah berdasarkan keadaan semasa.

Selain itu, setiap negeri mempunyai travel agensi umrah yang telah berdaftar. Seperti di negeri Sabah mempunyai 8 syarikat travel agensi umrah, manakala negeri Selangor mempunyai 20 syarikat travel agensi umrah yang berdaftar. 

Oleh itu anda boleh memilih agensi umrah yang mana anda inginkan berdasarkan tempat tinggal anda. Bagi memudahkan anda mencari agensi umrah yang betul dan berdasarkan kawasan tempat tinggal anda, sila klik laman kerajaan di bawah ini :

Senarai Syarikat Yang Mempunyai Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah



Cancel

Terima Kasih atas comment anda