-->

Apa Yang Menarik April Fools?



Hari ini adalah  1 April 2020, iaitu lebih dikenali sebagai Hari April Fools . Di mana dikatakan bahawa hari ini  dibenarkan berbohong atau menipu orang lain tanpa merasa bersalah. Ramai orang akan terlibat dalam pembohongan hari ini, ada yang membohong hanya gurauan biasa, tetapi ada yang membohong keterlaluan.






Dalam rekod sejarah, terdapat peristiwa yang menarik pada April Fools, antaranya ialah, Pada tahun 1957, sebuah rancangan tv yang dikenali sebagai BBC menyiarkan berita mengenai sepohon pokok yang menghasilkan spageti Itali yang biasanya dimakan dengan sos tomato.



Pokok spageti ini dikatakan tumbuh di Switzerland. Dalam iklan tersebut, terdapat beberapa orang tengah menuai spageti panjang dari sebuah pokok.

Selepas iklan itu di tayangkan, beratus-ratus orang membuat pangilan untuk mengetahui bagaimana menaman pokok Spageti itu di kawasan rumah sendiri.





Malangnya, berita itu palsu " April Fool."


Untuk pengetahuan anda, perayaan ini adalah haram disambut oleh umat Islam. Kisah april fool ini berlaku di waktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah kerajaan islam bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. 


Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. 

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. 

Pada keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunvh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. 

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. -sumber

Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari  April’s Fool ini kerana ianya berkait rapat dengan unsur agama lain. -sumber

Antara sebab kenapa di Haramkan disambut April Fool!

1) Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2) Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3) Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.


4) Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.


Penipuan Dari Sudut Pandangan Islam

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. 

Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah ﷺ bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah ﷺ membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.”


Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.-sumber
Cancel

Terima Kasih atas comment anda