-->

Kisah Inspirasi : Harga Beg Tangan Wanita RM1,947.73



Tentu anda tertanya-tanya, biar betul beg tangan wanita harga RM1,947.73. Tengok gambar di bawah ini, tak lah cantik sangatkan, tetapi anda perlu tahu kualiti beg tangan ini sangat-sangat tinggin, itulah sebabnya harganya lebih mahal dari beg tangan yang lain.

Klik sini link ke lama website tersebut


Sebelum itu, mari kita berkenalan siapa yang mencipta beg tangan wanita yang mahal ini? Wanita yang mencipta beg tangan ini dikenali sebagai Rommy De Bommy, berasal dari Rotterdam, Belanda. Rommy memulakan perniagaan beg tangan wanita pada tahun 2015, ketika itu beliau sedang belajar mengenai reka bentuk produk di sebuah sekolah seni di Belanda. 

Namun dia ingin membuat sesuatu yang lebih dari tu, maka dia membuat keputusan untuk membuat jenamanya sendiri dengan berinspirasikan makanan. 

Untuk pengetahuan anda, Rommy mengembangkan perniagaannya hasil usahanya sendiri, bermula dengan mencari idea, membuat reka bentuk, lukisan, edit, dan mempromosinya di media sosial.


Kembali pada persoalan, kenapa beg tangan wanita ini sangat mahal? pertama reka bentuknya yang sangat unik dan berbeza dengan beg tangan wanita yang lain. 

Kedua, Rommy hanya mampu membuat beg tangan wanita ini, 2 atau 3 beg sahaja dalam seminggu atau lebih. Dan di akhir post ini, anda boleh lihat video bagaimana Rommy membuat beg tangan wanita berinspirasikan makanan.

Begitulah kualiti beg tangan wanita ini, menarik kan!. Gambar di bawah adalah koleksi beg tangan wanita yang diilhamkan dari bentuk makanan kegemaran Rommy. Ada banyak lagi bentuk beg tangan wanita yang menarik hasil dari Rommy, anda boleh mengikuti perkembangan beliau di Instagramnya @rommydebommy


1. Beg Tangan wanita berbentuk mee berharga RM 1,947.73






2. Beg Tangan wanita berbentuk bunga kubis berharga RM 2,933.93






3. Beg Tangan wanita berbentuk burger berharga RM 1,947.73






3. Beg Tangan wanita berbentuk ice-cream berharga RM  1,947.73







Cancel

Terima Kasih atas comment anda