-->

Lukisan Imaginasi Masa Depan (11 Gambar)


Lukisan imaginasi ini dibuat oleh seorang lelaki yang berasal dari Argentina, beliau dikenali sebagai Alejandro Burdisio. Menurut beliau, dia sangat suka dengan bidang seni bina yang ada disekelilingnya, dan memberikan dia inspirasi kepada reka bentuk bangunan yang menarik dalam lukisannya. Pada masa yang sama, Burdisio juga suka dengan dunia imaginasi.


Untuk pengetahuan anda, imaginasi maksud daya khayal atau daya kemampuan seseorang individu menggambarkan sesuatu dalam angan-angan dan mencipta sesuatu secara khayalan.

Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Namun begitu, bukan sahaja kanak-kanak yang berimaginasi akan tetapi orang dewasa juga sering berimaginasi. 

Setiap percakapan, perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar. Minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita. Oleh itu, dengan berimaginasi ia akan mendatangkan kesan yang positif dan juga negatif.-Sumber

Gambar di bawah ini adalah hasil karya seni Alejandro Burdisio, lukisan imaginasi masa depan dunia. Terdapat banyak lagi lukisan yang menarik di instagram beliau (@alejandroburdisio).















Cancel

Terima Kasih atas comment anda