-->

Pelukis Surat Akhbar Yang Menakjubkan (12 Gambar)


Pelukis surat akhbar yang menakjubkan ini adalah seorang pekerja ilustrator (orang yang membuat gamba rajah untuk buku) dan karikatur pada tahun 1935.  


Karikatur ialah suatu penggambaran menonjolkan atau membesar-besarkan ciri-ciri khas dipunyai objek atau orang dilakar dengan cara mudah atau dimelalui lakaran pensel atau melalui lukisan artistik yang lain.


Beliau dikenali sebagai Walter Molino dilahirkan pada tahun 1915 dan meninggal dunia pada tahun 1997 pada usia 82 tahun. Pada tahun 1941, Walter Molino telah berkerja di sebuah akhbar yang dikenali sebagai La Domenica del Corriere di Itali. 

Dan pada tahun 1950, hasil dari lukisan Molino surat akhbar tersebut menjadi sangat popular sehinggakan berjaya diedaran lebih dari satu juta naskh.-sumber

Gambar di bawah adalah koleksi lukisan Walter Molino di surat akhbar Domenica del Corriere. Tujuan mereka membuat lukisan seperti ini agar masyarakat ketika itu dapat membayangkan bagaimana kejadian itu berlaku, sekali gun menarik minta para pembaca untuk membeli barangan mereka. 

Seorang pelukis perlu pandai menggunakan imaginasi mereka




2 Disember 1956. Wilayah Parma. Seorang pekerja jatuh dari ketinggian 130 meter, tetapi diselamatkan oleh rakan sekerja yang sedang bekerja sepuluh meter ke bawah.

15 Mac 1959. Salerno. Seorang budak sedang berpaut pada tali jemuran yang terikat di antara balkoni, dan diselamatkan oleh jiran di tingkat tiga

23 Mac 1947. Perancis. Siling lama runtuh, pelanggan kafe melihat katil termasuk pasangan di atas katil itu, jatuh ke bawah. 

3 November 1958. Province of Bergamo. Seorang pemburu cuba menangkap helang emas yang hidup.

15 November 1959. Semasa perburuan, seekor anjing "tanpa disangka" tertembak pemiliknya.

17 Februari 1957. Syracuse. Seorang pelajar menyelamatkan seorang wanita muda yang jatuh dari balkoni 

30 Mac 1958. Milan. Seekor anjing telah menyelamatkan pemiliknya iaitu seorang buta, dengan menolaknya keluar kerana sebuah kereta sedang melalui jalan tersebut.

12 September 1958. Wilayah Turin. Seorang pengembala remaja, ketika dia bekerja di pergunungan, dia telah termakan cendawan beracun, mengakibatkan dia sakit. Mujur ada seorang lelaki menjumpai remaja ini dan membawa dia ke hospital. Remaja tersebut terselamat.

15 September 1957. Wilayah Treviso. Seekor anjing berlari untuk memberi amaran kepada beberapa wanita di kawasan tersebut, bagi memberitahu seorang gadis hampir terkubur di bawah runtuh tanah. Gadis itu diselamatkan 

24 Mei 1959. Wilayah Milan. Seorang lelaki membawa keretanya tanpa menyedari bahawa anak perempuannya sedang duduk di hadapan kereta. Dia memandu sejauh lima kilometer dengan purata 70 km / j. Dia menyedari apa yang berlaku  setelah orang ramai cuba menarik perhatiannya. Anak perempuannya terselamat.  

27 Mei 1956. Wilayah Turin. Seekor kucing memanjat di sudut menara loceng dan tidak dapat turun. Seorang lelaki cuba menyelamatkannya tetapi kucing itu tidak mahu didekati. Keesokan harinya, kucing itu berjaya turun dengan sendirinya
Cancel

Terima Kasih atas comment anda