-->

Wanita Tertinggi Di Dunia


Wanita tertinggi di dunia adalah satu perkara yang pelik di mata manusia, ini kerana setiap manusia akan menilai ketinggin berdasarkan ilmu pengetahuan yang umum.


Contohnya secara umumnya lelaki lebih tinggi dari wanita. Namun ini semua berdasarkan standard ketinggian, dan setiap negara mempunyai standard ketinggian yang berbeza-beza.

Gambar di bawah ini adalah senarai wanita tertinggi di dunia yang pernah wujud dunia. 


1. Zeng Jinlian


Zeng adalah seorang waniti yang dilahirkan di kampung Yujiang di Commune Moon Bright, Wilayah Hunan, China pada 25 Jun 1964, Zeng adalah wanita tertinggi di dunia dan sehingga kini tiada lagi wanita yang boleh memecahkan rekod beliau.


Ketinggian Zeng  yang disahkan 248 centimeter atau 2.48 meter, dan ketika ini dia berusia 17 tahun. Zeng telah meninggal pada 13 Februari 1982.



2. Yao Defen


Yao Defen seorang wanita yang lahir di negara china. Ketinggian beliau adalah 234 centimeter dan pemegang rasmi sebagai wanita tertinggi di dunia.


Pada mulanya Yao mempunyai ketinggan yang normal, sehingga selera makannya semakin banyak membuat perubahan badannya semakin besar.

Pada usia 11 tahun Yao telah mencapai ketinggian 188 centimeter. Disebabkan ketinggian yang terlampau, mengakibatkan Yao menghidap tumor di kelenjar pituitari dan meninggal dunia pada usia 40 tahun.


3. Sandy Allen


Sandy Allen adalah wanita kedua tertinggi di dunia. Memiliki ketinggian badannya kira-kira 223 cm. 

Tetapi sayangnya Allen menghidap Tumor, dan beberapa kali melakukan pembedahan namun gagal. Disebabkan terlalu tinggi sehingga badannya tidak dapat menampung ketingginnya, Allenterpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang masa. 


Allen meninggal dunia di rumah anak yatim di Shelbyville City, Indianapolis. Laporan ini disampaikan oleh rakan Allen, iaitu Rita Rose, dalam laporan oleh Sydney Morning Herald 2014.

Rose berkata, Allen telah dimasukkan ke hospital sejak beberapa bulan lalu kerana mengalami jangkitan pada darah, diabetes, masalah pernafasan dan kegagalan buah pinggang.


Pada usia 10 tahun, ketinggian Allen telah mencecah 1.9 meter. Kemudian pada usia 16 tahun, ketinggian Allen semakin bertambah menjadi 2.2 meter atau 220 centimeter.


4. Rumeysa Gelgi


Beliau adalah seorang remaja Turki yang mempunyai ketinggian 213 centimeter dan diiktiraf sebagai Remaja Wanita paling tinggi di dunia pada usia 17 tahun.


Menghidap sindrom weaver yang menyebabkan tubuhnya menjadi mudah besar, disebabkan itu Gelgi terpaksa menggunakan alat bagi membantunya untuk berjalan diluar rumah kerana terlalu sukar untuk mengimbangi badan yang besar. Gelgi telah meninggal dunia pada 2016

Apa itu Sindrom Weaver? ia adalah penyakit genetik yang dominan autosomal yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan pertumbuhan pesat yang bermula pada tempoh pranatal hingga berterusan dari kanak-kanak hingga remaja.

Gelgi merupakan pelajar gred 11 dan tinggal di rumah bersama keluarga dan adik-beradiknya yang lain yang mempunyai ketinggian normal.


Dia juga mempunyai sepasang kasut yang ditempah khas di Amerika Syarikat. 


5. Margo Dydek


Dydek adalah pemain bola keranjang yang terkenal dari negara Poland. Ketinggian Dydek  218 centimeter dan beliau adalah pemain bola keranjang profesional kedua tertinggi di dunia. Malangnya dia mengalami serangan jantung pada tahun 2011 dan meninggal dunia.


6. Malee Duangdee


Malee Duangdee seorang wanita kelahiran Thailand, ketinggian beliau dalam 208 centimeter. Beliau pernah memegang rekod dunia pada tahun 2009, sebagai wanita tertinggi di dunia. Ketika itu dia berusia 17 tahun dan sudah mencapai ukuran 207 sentimeter.


Pada tahun 2016, Malee Duangdee telah menghembuskan nafas terakhirnya, dipercayai akibat serangan jantung selain beberapa penyakit kronik lain yang dihidapinya.

Malee meninggal dunia pada usia 24 tahun, lebih dari 3,000 orang yang menghadiri upacara penghormatan terakhir buat Malee di Kuil Chang Kluea


7. Alicia Jay


Seorang blogger fesyen Amerika Syarikat yang terkenal memiliki ketinggian 198 centimeter atau 1.98 meter. Walau pun memiliki ketinggian yang menarik perhatian, namun Alicia mengalami kesukaran terutamanya mencari pasang untuk dirinya.


Sumber

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda