-->

Kisah Inspirasi : Cikgu Berjalan 5 Batu Demi Anak Muridnya


Kisah inspirasi ini berlaku di negara England, seorang cikgu yang sanggup berjalan kaki sejauh 5 batu untuk sampai ke rumah anak muridnya, dengan membawa puluhan bekas makanan untuk diberikan percuma.


Beliau dikenali sebagai Zane Powles, Zane membawah bekas makanan seberat 18kg seorang diri dan menghantarnya ke rumah 78 pelajar dan di sebuah Sekolah Rendah Western yang terletak di Grimsby, Lincolnshire.  Anda boleh saksikan rakaman video Zane di akhir post ini.


Makanan yang disediakan berupa makanan ringan seperti sandwic, keropok, biskut, epal dan lain-lain. Zane akan berikan kepada pelajar yang memerlukan dan pelajar yang ibubapanya berkerja di hospital.


Menurut guru besar Puan Kim Leach, beberapa guru lain akan bertukar giliran dan menambah 25 bekal makanan lagi dan dihantar kepada keluarga yang tinggal jauh dengan menggunakan kereta.




Kenapa guru Zane Powles tidak menggunakan kereta? Sebenarnya Zane boleh menggunakan keretanya, tetapi Zane memilih untuk berjalan kaki. Dengan alasannya berjalan kaki boleh menyihatkan badan dan sekali gus dapat berjumpa dengan orang lain. 





Puan Kim Leach menyatakan, ramai ibubapa pada masa ini mengalami masalah terutamanya bekalan makanan kepada anak-anak mereka disebabkan kewangan yang tidak mencukupi. 


Dengan bantuan bekalan makanan ini, secara tidak langsung guru boleh memeriksa keadaan anak murid mereka terutamanya ketika wabak yang sedang melanda di seluruh dunia ketika ini.


Sambutan dari ibubapa juga amat memberangsangkan, malah mereka juga mengikut arahan kerajaan dengan menjaga jarak, semasa guru memberikan mereka bekalan makanan.


Kisah ini dikongsikan oleh Zane semenjak Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengumumkan sekolah ditutup pada 20 Mac. Untuk pengetahuan anda, Zane Powles pernah mendapat anugerah Inspirational School Teacher pada tahun 2019. -Sumber



Klik Untuk Post Terkini

4 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda