-->

11 Gambar Karya Seni Mengenai Kepupusan Haiwan


Karya seni mengenai kepupusan haiwan ini, mengisahkan tentang kehidupan haiwan yang semakin hari semakin berkurang/pupus akibat sikap tamak manusia itu sendiri. Karya seni ini dikongsikan di laman instagram yang dikenali sebagai Milk DoNg Comics (@milkdongcomics)

Insatgram @milkdongcomics

Tujuan lukisan haiwan ini adalah untuk menyedarkan seluruh manusia agar mengambil berat tentang permasalahan haiwan tersebut.  Antara faktor dan sebab, haiwan ini semakin pupus adalah kegiatan pemburu haram dan perdagangan haiwan yang semakin berleluasa. Kegiatan seperti ini bukan saja merosakkan ekosistem, bahkan berpotensi membawa penyakit yang mampu mengancam manusia. Seperti mana yang berlaku di dunia sekarang.

Isu perdagangan hidupan liar muncul dalam pelbagai laporan pada peringkat awal penularan Covid 19 dan kebanyakan pakar percaya penularan Covid 19 ini disebabkan perdagangan hidupan liar itu sendiri. Selain itu kegiatan pemburu haram juga menjadi salah satu  faktor yang menjurus kepada kemusnahan spesis haiwan. Pemburu haram ini bukan sahaja mengekploitasikan binatang, malahan mengaut keuntungan yang keterlaluan. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan tersebut berleluasa.


Oleh itu, setiap manusia harus berusaha gigih untuk mengekang dan menghapuskan perdagangan hidupan liar dan pemburu haram ini, demi melindungi ekosistem dan manusia terutamanya dari penyakit yang kita tidak ketahui. 

Gambar di bawah ini adalah karya seni yang dikongsikan di laman instagram @milkdongcomics.











3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda