-->

(10 Gambar) Seni Visual Kemurungan Haiwan Akibat Covid 19


Seni Visual kali ini dihasilkan oleh seorang lelaki berwarganegara Malaysia mengenai kemurungan haiwan akibat covid 19. Hasil seni visual beliau ini, membuat orang awam tersenyum kerana lukisan dan makna disebalik tulisan beliau.


Kita tahu, wabak covid 19 ini memberikan banyak kesan buruk terutamanya pada ekonomi negara. Dengan keadaan seperti ini, terbitnya seni visual dari Lim Heng Swee untuk mereka  di luar sana terhibur. 


Apa itu seni visual? untuk pengetahuan anda seni visual ini juga dikenali sebagai Seni Tampak.

Ianya satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni.

Dengan kata lain seni visual ialah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.-sumber

Berbalik dengan hasil seni visual Lim Heng Swee, beliau pernah menerima anugerah pereka pada tahu 2009 dan 2011 oleh Threadless.com (US leading t-shirt design community). Beliau juga pernah berkerjasama dengan syarikat berjenama seperti  Uniqlo dari Japan, Gap dari US,  Astro dari Malaysia,  MightyJaxx dari Singapore dan banyak lagi.


Karya seni beliau juga telah dipaparkan di media sosial seperti IdN(International design Network), Readers Digest, M le weekend magazine of Le Monde (France) dan banyak lagi.-sumber

Gambar di bawah adalah hasil seni visual oleh Lim Heng Swee, kemurungan haiwan akibat covid-19 di instagram beliau "@limhengswee". Terdapat lebih 800 gambar yang telah dihasilkan oleh beliau, dan lebih daripada 200 ribu follower yang mengikuti perkembangan beliau.











Inilah Lim Heng Swee
Cancel

Terima Kasih atas comment anda