-->

Gambar Awan Cantik (22 Gambar)


Apabila kita melihat gambar awan yang cantik, pasti kita merasa tenang, tenteram, dan nyaman. Dengan warna awan yang berwarna putih dan langit yang berwarna biru sungguh menakjubkan.


Sebelum anda melihat gambar awan yang cantik, anda perlu tahu apa itu awan? Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Bentuk wap air yang dihasilkan berbeza-beza bergantung dengan ketinggan. Awan juga kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

Awan terhasil dari wap air yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, yang berada dalam udara. Wap air akan terhasil dari pemanasan matahari di kawasan seperti air sungai, laut dan sebagainya. Air yang dipanaskan akan menguap naik ke udara dan akan mengalami pemeluwapan. 


Pemeluwapan adalah satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal seperti salji. Pemeluwapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera.

Sedikit sebanyak mengenai awan, berbalik dengan gambar awan canitk. Gambar di bawah ini adalah beberapa jenis awan yang kelihatan cantik dalam masa yang sama menyeramkan.


1. Awan Dikenali Sebagai Lenticular cloud


Awan ini dinamakan sempena penampilannya yang berbentuk bujur. Awan cantik yang berbentuk seperti ini dipercayai menjadi salah satu penjelasan mengenai fenomena pembentukan UFO.






Bentuk awan ini biasanya berlaku di kawasan pergunungan, ianya berkaitan dengan aliran udara yang melewati puncak gunung  yang berkeadaan lembap. Apabila aliran udara ini naik ke puncak dan menyejukkan, udara lembap kemudian mengembun dan membentuk awan di atas gunung tersebut.



2. Awan Jenis Fallstreak


Awan ini berbentuk lubang yang berada di antara awan, ianya berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku. Namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles.



Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yang menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus. Awan cirrocumulus adalah salah satu daripada 3 jenis awan yang biasa kita lihat, dua jenis awan yang lain itu dikenali sebagai cirrus dan cirrostratus. -sumber



3. Awan Jenis Shelf Clouds


Awan ini biasanya berada di kawasan yang cukup rendah dan kebiasaannya berlaku sebelum ribut petir.  Awan yang berbentuk seperti dinding atau putaran ini merupakan amaran yang akan berlaku dan kemungkin terjadinya puting beliung. 





Sekiranya puting beliung yang akan terbentuk ianya hanyalah dalam keadaan yang singkat atau sekejap.-sumber


Gambar di bawah ini pula adalah gambar awan yang berbentuk seperti haiwan.

 







1 Comments

  • Semut Senyum 8 June 2020 at 23:52
    Assalamualaikum.. cerita pasal awan. tiba2 terkenang masa belajar geografi zaman remaja dulu. Apa pun, terima kasih. antara faktor yang menarik. jenis2 awan. Ada yang SS tak pernah jumpa bentuk awan begitu. Tapi Subhanallah, semuanya indah ciptaan Tuhan.
Cancel

Terima Kasih atas comment anda