-->

10 Gambar Lukisan Disney Yang Menakjubkan



Siapa yang meminati filem animasi disney seperti Beauty and The Beast, Cinderella dan lain-lain, pasti mereka suka dengan lukisan ini. Lukisan yang berdasarkan filem disney ini dihasilkan oleh seorang seniman Amerika yang dikenali sebagai Thomas Kinkade.

Untuk pengetahuan anda, Thomas Kinkade lahir pada 19 Januari 1958 di Sacramento, California dan meninggal dunia pada 6 April 2012 di Monte Sereno, California.  Kinkade memang seorang pelukis terkenal, terutamanya hasil lukisan yang berbentuk pemandangan.



Pada tahun 2010, Kinkade pernah berkerjasama dengan sebuah syarikat Disney, untuk melukis satu siri lukisan yang menarik, dan merangkumi keseluruhan filem animasi disney dalam satu gambar. Dan ianya dikenali sebagai Disney Dreams Collection, seperti Beauty and the Beast Falling in Love (2010) dan Sleeping Beauty (2011).


Gambar di bawah adalah hasil luksian Thomas Kinkade, mengenai pemandangan filem animasi disney yang sangat menakjubkan malah sejuk mata memandang bila melihat lukisan ini. Kalau anda berminat ingin membeli lukisan seperti di bawah, sila ke laman thomaskinkade.com

Sebelum anda melihat gambar di bawah ini, sekirannya anda sedang menggunakan DESKTOP atau TABLET sila klik sini Lukisan Disney Yang Bersaiz Besar " untuk melihat lukisan disney yang bersaiz besar dan versi puas hati. 

Sumber thomaskinkade.com

Sebelum Aladdin versi Disney muncul, animasi Aladdin sudah diterbitkan pada 1954 dengan kartun tanpa suara dan tanpa warna.


Sumber thomaskinkade.com

Beauty and the Beast ialah sebuah filem fantasi animasi buatan Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios pada tahun 1991, dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures, selaku filem ke-30 dalam siri Walt Disney Animated Classics dan filem ketiga dalam zaman Disney Renaissance.

Sumber thomaskinkade.com

Mulan adalah filem animasi yang dihasilkan oleh Walt Disney Feature Animation dan pertama kali pada  5 Jun  1998  oleh Walt Disney Pictures dan Buena Vista Distribution. Filem ini diarahkan oleh Tony Bancroft dan Barry Cook, kisahnya ditulis oleh Robert D. Animasi Mulan adalah idea asas dari legenda Cina mengenai Hua Mulan.

Sumber thomaskinkade.com

Tangled ialah sebuah filem muzikal animasi tahun 2010 diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Filem ini dibintangi oleh pelakon suara oleh Mandy Moore, Zachary Levi, dan Donna Murphy, dan filem ini ialah filem ke-50 dalam siri Animasi Klasik Walt Disney. 

Sumber thomaskinkade.com

Snow White adalah watak utama dari filem animasi Walt Disney yang dikenali sebagai Snow White and the Seven Dwarfs, sebuah filem animasi Amerika Syarikat pada tahun 1937.

Sumber thomaskinkade.com

Pocahontas  adalah watak fiksyen India Amerika dari  filem animasi Disney Pocahontas  (1995). Dalam filem ini, Pocahontas jatuh cinta dengan John Smith, kapten kapal dari England, walaupun latar belakang mereka tidak membenarkan mereka bersatu.  

Sumber thomaskinkade.com

Cinderella mula dipopularkan dalam filem Cinderella pada tahun 1950. Cinderella  adalah watak fiksyen dari  filem animasi  ke - 12 oleh Walt Disney. 

Sumber thomaskinkade.com

Peter Pan ialah sebuah filem animasi yang dikeluarkan Walt Disney dan ditayangkan ke teater oleh Buena Vista Pictures tanggal 5 Februari 1953. Animasi ini merupakan seri yang ke-14 dari Walt Disney Animated Classics series.

Sumber thomaskinkade.com

Alice in Wonderland (Alice di Alam Ajaib) ialah sebuah filem animasi keluaran Walt Disney, yang diadaptasi dari cerita karya Lewis Carroll yang berjudul Alice's Adventures in Wonderland dan Through the Looking-Glass. Animasi ini merupakan siri yang ke-13 dari siri Walt Disney Animated Classics. 

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda