-->

Kucing Comel



Tentu anda sedang mencari-cari kucing comel kan, mudah je, taip kat googel keluarlah kucing comel tu kan. Tapi sebenarnya ada banyak lagi gambar kucing comel yang anda boleh dapati, anda hanya perlu cari di laman instagram, di situlah terdapat ribuan gambar dan video kucing comel.


Bagi memudahkan anda untuk mencari gambar kucing comel, di sini oohsenyum.com senarikan akaun instagram yang memiliki gambar kucing comel, yang sangat popular malah memiliki pengikut yang sangat ramai, ada yang memiliki puluhan ribu follower dan ada yang sampai berjuta-juta follower.

Untuk menilai kecomelan kucing ini sangat lah subjektif, ini kerana setiap individu mempunyai cara penilaiannya tersendiri. Ada yang menilai kucing comel itu bila mana kucing tersebut memiliki badan yang besar, kira gemuk lah, baru nampak comel. Tetapi ada yang menilai kucing comel itu, bila mana matanya bulat, tentu comel. 


Jadi masing-masing ada penilaiannya sendiri, berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia miliki. Ok berbalik dengan kucing comel, gambar di bawah ini adalah beberapa gambar kucing comel, melalui penilaian oohsenyum. Di akhir post ini, terdapat video gelagat kucing comel yang telah oohsenyum senaraikan.


1. Kucing Comel Smoothie the Cat




Kucing berbulu tebal, biasanya kucing macan ini bulu je tebal tapi badannya tentu kecil. Smoothie the Cat memiliki lebih dari 2 juta pengikut yang mengikuti perkembangannya dan lebih daripada 2 ribu gambar yang telah dimuat naik oleh pemilik kucing ini.  Sekirannya anda berminat untuk mengikut perkembangan kucing ini anda boleh follower di laman instagramnya @smoothiethecat


2. Kucing Comel Ashmiemu


Pemilik kucing ini memiliki 3 ekor kucing, dan kucing yang paling disukai ramai adalah kucing  yang bernama Muta.  Muta memiliki 2 adik beradik, tapi Muta juga yang nampak sangat kecomelannya, mungkin disebabkan matanya yang bulat dan sayu, cian...bila nampak muka kucing ini. Tak sampai hati kan. Muta kini berusia 8 tahun. 

Ashmiemu memiliki lebih dari 2 ratus ribu pengikut yang mengikuti perkembangannya dan lebih daripada 4 ratus gambar yang telah dimuat naik oleh pemilik kucing ini.  Sekirannya anda berminat untuk mengikut perkembangan kucing ini anda boleh follower di laman instagramnya @ashmiemu


3.  Kucing Comel Snoopybabe



Tentu anda pernah nampak kucing comel ini di mana-mana laman media sosial, kucing ini memang popular. Bagi oohsenyum, kucing ini tersangat lah comel, rasa sedih je tengok mukanya macam tu, ada masalah kah Snoopybabe. Rasanya kucing ini kucing jenis betina, sebab kebanyakkan gambarnya di instagram, dia selalu pakai riben. Nak tengok? sila lah follower kucing comel ini di laman instagramnya @snoooopybabe.


Kucing comel Snoopybabe ini memiliki 290 ribu pengikut yang mengikuti perkembangannya dan lebih daripada 400 gambar yang telah dimuat naik oleh pemiliknya.


4. Kucing Comel Scruffles Fatcat


Tengok dari belakang pun tahu dah. Kucing comel endut ini adalah salah satu kucing yang dipeliharan oleh pemiliknya. Selain kucing, mereka juga memilihara haiwan lain seperti arnab dan ayam. Tapi yang popluar, biasalah si endut comel ini, oohsenyum dah lama follower kucing ini, sejak 3 tahun yang lalu. Dan kebanyakkan gambar Scruffles Fatcat ini dalam keadaan tidur dan duduk, maklumlah endut jarang bergerak.




Scruffles Fatcat memiliki lebih dari 80 ribu pengikut yang mengikuti perkembangannya dan lebih daripada seribu gambar yang telah dimuat naik oleh pemiliknya.  Sekirannya anda berminat untuk mengikut perkembangan kucing ini anda boleh follower di laman instagramnya @scruffles_fatcat



1. Kucing Comel Smoothie the Cat









 
2. Kucing Comel Ashmiemu




3. Kucing Comel Snoopybabe




 


4. Kucing Comel Scruffles Fatcat


 

4 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda