-->

12 Gambar Selamat Hari Raya Aidiladha

Sebelum anda melihat gambar selamat hari raya aidiladha bagi tahun 2020, perlu diingatkan sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan SOP asas bagi mengurangkan resiko jangkitan covid 19 terutamanya semasa menyambut hari raya aidiladha.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu hanya 20 orang sahaja dibenarkan dalam satu rumah. 

Yang penting kita perlu mengikut SOP dengan penjarakkan sosial, walaupun angkah nombor 20 itu hanyalah pada mereka yang memiliki ruang rumah yang besar dan luas. Sekiranya apartment kita kecil maka bergantung pada lawatan dan kedudukan orang yang berada di rumah tersebut.

Kita tahu ramai yang akan pulang ke kampung dan melawat saudara-mara, SOP asas iaitu penjarakan sosial, mencuci tangan dengan kerap dan memakai topeng muka perlu diamalkan. Di bawah ini adalah Aktiviti dan Protokol yang perlu di laksanakan semasa menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah iaitu :

Sambutan

•. Sambutan hanya dalam kalangan unit keluarga yang berada di dalam rumah
•. Jumlah tidak boleh melebihi 20 orang bagi setiap masa.

Amalan penjarakan sosial Setiap ketua keluarga / individu hendaklah;

• Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
• Mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation).

Amalan pemakaian face mask 

• Setiap individu hendaklah memakai face mask sekiranya berada dalam keadaan tiada penjarakan sosial

Amalan pencucian tangan dan penggunaan hand sanitizer

Setiap individu hendaklah;

• Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
• Memastikan semua ahli keluarga / tetamu mengutamakan kebersihan
diri dan peralatan.



Aktiviti yang TIDAK dibenarkan

• Rumah Terbuka/Kenduri Hari Raya
• Bersalaman dan bersentuhan
• Sajian makanan secara buffet layan diri
• Ziarah Kubur
• Takbir dari rumah ke rumah


Semoga kita dapat mengamalkan SOP yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Berbalik pada gambar selamat hari raya aidiladha, gambar di bawah ini adalah gambar selamat hari raya Aidiladha bagi tahun 2020, terdapat pelbagai gambar yang menarik sempena hari raya Aidiladha 2020. Gambar ini telah diubah suai agar anda boleh copy dan past.




Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar


Sumber Gambar

Sumber Gambar



1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda