-->

Followers Instagram Paling Ramai Di Dunia 2020


Pada Zaman model ini, media sosial memainkan peranan yang amat penting terutamanya perhubungan antara selebriti dan peminat. Follower atau pengikut menjadi batu pengukur kepada selebriti, bagi menentukan sama ada mereka popular atau pun tidak. Jadi siapakah followers instagram paling ramai di dunia bagi tahun 2020 kali ini?

Bagi oohsenyum.com penilaiannya sangat mudah, siapa yang paling ramai dia lah nombor 1. Di bawah ini adalah senarai top 10 follower yang paling ramai di dunia bagi tahun 2020.

10. Neymar


Memiliki follower seramai 139,693,737 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 4 ribu posts.

Nama sebenarnya ialah Neymar da Silva Santos Júnior lebih dikenali sebagai Neymar atau Neymar Jr. Seorang pemain bola sepak profesional di negara Brazil, Neymar kini pemain bola sepak di kelab Perancis, Paris Saint-Germain. Dilahirkan pada 5 Februari 1992 di Mogi das Cruzes, São Paulo, Brazil dan kini berusia 28 tahun. 



9. National Geographic


National Geographic Channel adalah sebuah rangkaian televisyen langganan program dokumentari dikeluarkan oleh National Geographic Society. Kebanyakan dokumentari yang disiarkannya adalah mengenai alam, sains, kebudayaan dan sejarah.

Memiliki follower seramai 140,594,513, dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 23 ribu posts.


8. Justin Bieber


Justin Bieber, adalah seorang penyanyi dan penulis lagu dari London, Ontario, Canada. Lahir pada 1 Mac 1994 dan kini usia Justin 26 tahun. Justin Bieber sangat popular dengan lagunya "Baby". Dia menjadi artis pertama yang mempunyai tujuh lagu dari carta rekod di Billboard Hot 100.

Memiliki follower seramai 141,236,036, dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 5 ribu posts.


7. Beyoncé Knowles



Beyoncé Giselle Knowles atau lebih dikenali sebagai Beyonce adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penari, dan pelakon Amerika. Dilahirkan pada 4 September 1981, kini dia berusia 38 tahun. Dibesarkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat, dan telah berkahiwn dengan suaminya Jay-Z pada tahu 2008.

Memiliki follower seramai 150,394,321 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 1 ribu posts.


6. Lionel Messi


Memiliki follower seramai 159,260,509 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 600 posts.

Lionel Andrés "Leo" Messi atau lebih dikenali sebagai Leo Messi seorang pemain bola sepak profesional di negara Argentina dan kini menjadi pemain bagi kelab FC Barcelona di Sepanyol. Dilahirkan pada 24 Jun 1987, di Rosario, Argentina, dan kini usianya 33 tahun.

Pada usia 21 tahun, Messi dianggap sebagai salah satu bakat terbaik Argentina. Bekas pemain legenda dan jurulatih pasukan kebangsaan Argentina, Diego Maradona, mengatakan Messi adalah penggantinya. 


5. Kim Kardashian


Memiliki follower seramai 179,447,715 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 5 ribu posts.

Kimberly Noel Kardashian West adalah seorang personaliti TV, pelakon dan model dari Amerika Syarikat. Kardashian mula meraih perhatian media sosial apabila dia menjadi rakan dan model Paris Hilton. Kim dilahirkan pada 21 Oktober 1980 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan kini berusia 39 tahun.


4. Kylie Jenner


Memiliki follower seramai 185,196,638 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 6 ribu posts.

Kylie Kristen Jenner merupakan seorang model, pengacara TV dan duta jenama bagi Seventeen. Beliau juga terkenal dengan kemunculannya dalam rancangan realiti E! Keeping Up with the Kardashians. 

Kylie adalah adik kepada Kim Kardashian, Kylie dilahirkan pada 10 Ogos 1997 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan kini usianya 22 tahun. Sudah berkahiwn dan mempunyai seorang cahaya mata dikenali sebagai Stormi Webster.


3. The Rock



Memiliki follower seramai 189,913,395 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 5 ribu posts.

Nama sebenar The Rock adalah Dwayne Douglas Johnson, atau dikenali sebagai Dwayne Johnson. Dwayne adalah seorang pelakon, penerbit dan ahli penggusti (WWE) di Amerika Syarikat. Dilahirkan pada 2 Mei 1972 di Hayward, California, Amerika Syarikat dan kini usianya 48 tahun.

Antara filem yang Dwayne lakonkan :


2. Ariana Grande




Memiliki follower seramai 194,363,225 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 4 ribu posts.

Ariana Grande-Butera, adalah seorang penyanyi dan pelakon wanita di Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayaya dengan  lakonan menerusi pementasan muzik Broadway 13, sebelum memegang peranan berlakon sebagai Cat Valentine dalam siri televisyen Nickelodeon Victorious pada tahun 2009. 



1. Cristiano Ronaldo



Memiliki follower seramai 229,989,169 dan telah memuat naik gambar dan video lebih dari 2 ribu posts.

Nama sebenarnya Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro, seorang pemain bola sepak profesional di negara Portugal dan kini pemain di kelab bola sepak Juventus di Itali.

Cristiano Ronaldo dilahirkan di Funchal, Madeira, Portugal pada 5 Februari 1985, dan usianya kini 35 tahun. Pemain yang memegang rekod sebagai pemain termahal di dunia.


3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda