-->

Kisah Inspirasi Lelaki Gemuk (9 Gambar)


Kisah inspirasi ini adalah mengenai seorang lelaki gemuk dengan berat badannya lebih kurang 226 kilogram. Namun walaupun beliau sangat gemuk, beliau tetapi berusaha untuk jadi kurus.



Lelaki ini dikenali sebagai Zach Moore yang berusia 33 tahun, Zach berjaya menurutkan berat badannya sebanyak 163kg. Tentu anda tertanya-tanya, apa yang membuat dia ini bersungguh -sungguh turunkan berat badan?

Zach mulai berubah apabila dia melihat gambar bersama anaknya pada tahun 2013. Pada masa yang sama dia menghidap tekanan dara tinggi dan diabetes, kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.


Zach sedar sekirannya dia masih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, dia takkan dapat melihat anaknya membesar. Nampkanya niat untuk berubah dalam diri Zach sudah ada.



Yang membuat perubahan paling besar dalam diri Zach adalah, ketika dia mengalami keracunan makanan (ayam sos) pada malam tahun baru. Disebabkan itu, dia terpaksa dirawat di hospital selama 8 hari.

Menurut Zach, dalam seminggu, berat badan saya menurun sebanyak 27 kg kerana muntah dan cirit-birit. Semasa saya berada di hospital, saya mula berfikir yang saya akan matv. Sehingga saya sanggup membuat rakaman untuk ucapan selamat tinggal kepada anak dan isteri saya.




Selepas keluar dari hospital, Zach mengambil keputusan untuk mengubah cara pemakanannya dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Setelah beberapa bulan, berat badan Zach telah turun menjadi 177 kilogram. Dan pada bulan Ogos 2015, beratnya menjadi 77 kilogram.-sumber


Macam mana nak turukan berat badan yang terlampau gemuk? jangan risau, anda boleh turunkan berat badan dengan cara amalkan berjalan kaki selama 30 minit setiap hari. Ingat jangan berlari, jangan berlari anak, jangan berjalan kaki laju, tepi hanya berjalan kaki biasa.

Sekiranya terlalu membebankan, lakukan berjalan kaki selama 10 minit tetapi lakukan 3 kali sehari dan tingkatkan setiap sesi berjalan kaki secara perlahan-lahan. Contoh pertama 10 minat, esok luas 15 minat pula dan seterusnya.


Lebihan berjalan kaki yang sihat dapat membantu kesihatan organ kita, termasuk:

1. Meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

3. Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi), kolesterol tinggi, sakit dan kekejangan sendi dan otot, dan diabetes.

4. Tulang lebih kuat dan keseimbangan yang lebih baik.

5. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot.

6. Mengurangkan lemak badan.



1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda