-->

Ucapan Hari Raya Aidiladha 2020


Cari apa tu? Ucapan hari raya aidiladha 2020 ke? tak lama lagi hari raya aidiladha kan. Syukur alhamdulillah, tahun 2020 ini kita masih lagi dapat merayakan hari raya aidiladha. Malah kita bersyukur juga kerana wabak covid 19 ini semakin hari semakin berkurang, semoga negara kita bersih dari penularan wabak covid 19.

Kepada jemaah haji tahun ini, janganlah berdukacita, Insy Allah tahun depan anda akan pergi juga. Untuk maklumat jemaah haji bagi tahun ini, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, giliran bagi mereka yang tidak dapat pergi (menunaikan haji) tahun ini, keseluruhannya akan dibawa ke tahun depan. Mereka yang sepatutnya pergi pada tahun depan pula, akan dibawa ke tahun berikutnya.

Manakala bagi individu yang rayuan haji pada tahun ini telah diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), perlu melakukan proses rayuan semula pada tahun depan ini kerana rayuan tahun ini dianggap terbatal.-

Berbalik pada ucapan hari raya aidiladha bagi tahun 2020, di bawah ini terdapat ucapan, pantun dan juga teka teki yang berkaitan dengan hari raya. Jangan risau, jawapan teka teki juga disediakan. Semoga dengan ucapan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim anda bersama orang yang anda sayang. Insy Allah.

Sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini 2020, oohsenyum.com ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di negara ini. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini diberkati dan diredai oleh Allah SWT.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

1. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agama Islam yang tercinta. Moga kita semua mencapai redha, maghfirah dan rahmat Allah.

Selamat Hari Raya Korban.

3. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan.

4. Selamat Menyambut Hari Raya Korban Tahun 2020. Semoga kita mengambil pengajaran di sebalik erti pengorbanan dan menghayati dalam kehidupan seharian. Insyaallah.

5. Yang jauh itu waktu. yang dekat itu Mati. Yang besar itu Nafsu. Yang berat itu Amanah. Yang mudah itu Berbuat Dosa. yang panajng itu Amalan Soleh. Yang indah itu saling Memaafkan. Salam Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.

6. Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha Tahun 2020. Mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan.





Pantut Selamat Hari Raya Aidiladha

Indah langit kerana awan,Indah laut kerana kebiruan,Indah Aidilfitri kerana kemaafan,Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Sebut raya semua kata Hooray !Lembu , kerbau say no way .Ayam , itik start run away .Aidil Adha is on the way..

Beli tepung gandum di kedai Isabella,Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Pergi ke masjid bersama bapa,Diajak bersama rakan dan taulan,Selamat hari raya Aidil Adha,Salah dan silap harap dimaafkan.

Berhati-hati dijalan raya,Biar lambat asalkan selamat,Selamat Hari Raya Aidil Adha,Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Cari pengat sampai ke Sarawak,Pengat dicari di kawasan pokan,Den bizi masak ekau jangan nak melawak,Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Mata kadang salah melihat.Mulut kadang salah berucap.Hati kadang salah menduga.Maafkan segala kekhilafan.Mohon maaf zahir dan batin.Selamat Hari Raya Aidiladha

Sukaria di Hari Raya,Orang Tua Jangan dilupa,Jasa mereka sangat berharga,Kalaulah tiada mereka siapalah kita…

Andai jemari tak sempat berjabat.Jika raga tak bisa bersua.Bila Ada kata membekas luka.Semoga pintu maaf masih terbuka.

Apabila terjaga di pagi hari,Lihat semua berlawa sakan,Aidil adha berkunjung lagi,Marilah sama kita raikan.

Janganlah dikau terus berangan,Marilah kita bersembahyang raya,Ketupat rendang menjadi hidangan,Jamuan untuk tetamu yang mulia.

Itulah sebab tak ambik perkembangan,Sampai tak perasan bila hari raya,Semuanya tersenyum keriangan,Ada yang memberi ada yang menerima.

Jangan engkau termenung sahaja,Cepatlah siap untuk beraya,Ingin Achik ucapkan buat semua,Selamat Hari Raya Aidil Adha.

lembu nangis tak henti-henti,kambing pulak sorokkan diri,unta cuba buat-buat mati,kerbau pulak pura-pura kena denggi..haihh.. apasal dengan diorang ni???ohhh patutlah.. harini hari raya haji.. 

Bila ayam dah tak selera makan,kambing pula resah,lembu pura2 buat gila,unta jer nampak cool,tu tandanya raya korban dah dekat.AllahuakbarAllahuakbar.Allahuakbar.

Teka Teki Hari Raya Aidiladha


Soalan : Kurma apa tak bleh makan? 
Jawapan : Pokok Kurma


Soalan : Lagu raya apa tak ada pun sebut pasal hari raya ?
Jawapan : Balik Kampung


Soalan : Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang sentiasa terbakar, malam raya pun rumah ni terbakar juga tapi bukan sebab main bunga api atau pasang pelita…?

Jawapan : Rumah Api

Soalan : Pakcik ni dulu selalu orang tunggu-tunggu masa nak raya tapi bila raya tak penah pun kita nak pegi rumah dia…Sapa dia ni yea….?

Jawapan : Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Soalan : Kenapa kalo pergi beraya, orang tak bagi duit dulu, balik baru nak bagi……?

Jawapan : Duit dulu tak laku dah

Soalan : Dalam banyak-banyak mangkuk, termasuk mangkuk ready nak raya, mangkuk apa yang isi air tak penuh-penuh?

Jawapan : Mangkuk tandas

Soalan : Kertas apakah yang paling popular pada hari raya?
Jawapan : Kertas Angpau


Soalan : Lagu raya apa yang ada perkataan Bahasa Inggeris?

Jawapan : Lagu Saloma ‘Miskin Kaya memakai baju baru warna warni, mengunjungi sanak kaum FAMILI’


Soalan : Selain duit raya, apakah lagi yang berleluasa setelah berakhirnya puasa?
Jawapan : Hantu raya.


Soalan : Jenama ubat gigi apa yang ada kaitan dengan raya?
Jawapan : Ubat gigi Raiya.


Soalan : Bunga apa yang berkembang mekar di malam raya?
Jawapan : Bunga Api


2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda