-->

Gambar Banjir Di Pahang, Johor, Kelantan Dan Terengganu (26 Gambar)

 


Ini adalah beberapa keping gambar banjir di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Untuk pengetahuan anda, negeri yang mencatat peningkatan jumlah mangsa banjir adalah negeri Pahang iaitu meningkat kepada 24,298 orang daripada 6,535 keluarga di sembilan daerah di negeri ini. Manakala banjir di Perak, Selangor dan Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan.


Untuk maklumat anda, Laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan lapan sungai masih melepasi paras bahaya.Sungai terbabit ialah di Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang di Lubuk Pasu, Temerloh dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.-bhrian.com


Walaupun  begitu, menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata, jumlah mangsa banjir di Kuantan semakin berkurangan berikutan air mulai surut dan cuaca panas. -Bharian.com


Gambar Banjir Di Daerah Kuala Lipis, Pahang (sumber)








Gambar Selepas Banjir Di Pahang (sumber)


Difahamkan, hujan sudah berhenti di kebanyakan daerah tetapi paras air sungai masih belum surut dan semua mangsa banjir kekal berlindung di pusat pemindahan.










Gambar Banjir Di Jambatan lama Benta Kuala Lipis, Pahang pada 1971 dan 2021 ( sumber)






Gambar Banjir Di Banjir di Kemaman, Terengganu ( sumber)







Gambar Banjir Di kawasan Kota Tinggi, Johor  ( sumber)








Gambar di bawah ini pula adalah Gambar banjir di sekitar Kampung Palembang, Kluang.-sumber






Gambar Banjir Di Kelantan- sumber








Negara kita ini, saban tahun ada saja kawasan negeri yang akan dilanda banjir terutamanya bila tiba musim tengkujuh. Apa yang kita tahu, kesan banjir akan menyebabkan kerosakan infastuktur dan penyebaran penyakit dengan mudah.

Oleh yang demikian kita perlu mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai cara dan langkah- langkah bagi persiapan menghadapi banjir, terutamanya apa yang perlu kita lakukan ketika banjir dan apa yang perlu kita lakukan selepas banjir.


SEMASA BANJIR


Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir apa yang perlu anda buat ialah :


  • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


Manakala Semasa Pemindahan Barang dan Keluarga, apa yang perlu anda buat ialah :


  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat 
  • Berpindah pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.


Sekirannya anda menghadapi banjir ketika di dalam kenderaan, apa yang perlu anda buat ialah :

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.



Sekirannya anda menghadapi banjir ketika berada di rumah, apa yang perlu anda lakukan ialah : 


  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.


SELEPAS BANJIR


Apa yang perlu anda buat selepas mengetahui keadaan banjir mula redah ialah :


  1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  4. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.


Semoga maklumat di atas dapat membantu anda menghadapi banjir, jangan lupa share maklumat ini pada rakan-rakan anda.

4 Comments

  • Abam Kie 8 January 2021 at 06:25
    Takziah kpd semua mangsa banjir.
  • Anonymous 8 January 2021 at 07:57
    Dah lebih 60 tahun perkara sama berulang si Kelantan dn Terangganu. Skrang dah mula jadi kebiasaan banjir buruk di Pahang Johor dll. Siapa yg pernah kena banjir tahulah azabnya.

    Mmng banjir akibat hujan ditentukan Allah. Tapi manusia diberi otak utk kawal dan kurangkan banjir.

    Negara maju ada juga banjir. Tapi mereka guna OTAK berusaha/jalankan projek tebatan banjir. Negara Belanda yang terletak dibawah paras laut lagi hebat kawal banjir. X dengar pula banjir tiap2 tahun kat Belanda.

    Negara kita pun sebenarnya banyak otak yg boleh guna utk atasi/kurangkan banjir. Rasanya klau himpun semua engineer kat negara kita. Mungkin ada beribu kaedah kawalan banjir bleh dibuat.

    Malangnya, pemimpin be end dlu tak pantau betul2 atau mungin x fikirkan pun. Duit yg ada belanja/ masuk poket. Nak atasi banjir perlu berjuta2 dan sepatutnya dlu kena mula skt2. Mungkin adapun, projek2 tangkap muat sbb ketirisan yg x selesaikan masalah.

    Berbalik kpd Kelantan dan Terengganu
    Sepatutnya rakyat sedar be end dan seangkatannya mmng x bleh diharapkan. Malang skali rakyatnya masih memilih pemimpin yg nak berkawan dgn mereka yg sudah gagal dlm tempoh 60 tahun.

    Selagi pemimpin yg berkaitan dgn be end dipilih atau berkawan dgn mereka. Selagi itulah segala malapetaka akan berulang. Kerana pemimpin lama, baru dan pemuda mereka ini semuanya hanya ada satu matlamat yg mereka sendiri sj tau.... Duit dan Harta anak bini kroni.

    Negara kita perlukan pemimpin baru dari kumpulan baru. Tak salah bersabar dan mencuba kerana hasil pimpinan baru x mungkin dilihat dlm sepenggal dua.

    Ia jauh lebih baik dari mengharapkan pimpinan be end atau mereka yg berkawan dengan be end.

    Gunakan otak yg Allah anugerahkan. Kita dah jauh ketinggalan dr Singapura. Jangan pula nanti nilai duit kita kat Indon pula x laku.

    Guna otak.


  • Naimy 8 January 2021 at 08:26
    Takziah kepada kelurga Mangsa...

    https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html
  • ejulz 8 January 2021 at 15:46
    Semoga dipermudahkan segala urusan..

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
Cancel

Terima Kasih atas comment anda