-->

Lukisan Cantik Tanpa Tangan (11 Gambar)


Kisah inpirasi mengenai lukisan cantik tanpa tangan. Macam mana tu, lukisan tanpa tanga? bukan kah lukisan memerlukan tangan untuk melukisnya? Sebenarnya inilah kelebihan yang luar biasa pada seorang pelukis yang dikenali sebagai Mariusz dari Poland. Gambar di bawah ini hasil lukisan beliau....cantik bukan!



Nama penuh beliau Mariusz Kedzierski, seorang lelaki yang dilahirkan tanpa tangan. Disebabkan itu, Mariusz hampir mengakhirikan kehidupannya, kerana terlalu kecewa. Namun, hobi melukis telah menyelamatnya diri Mariusz, dan bangkit dari kekecewaan.



Hasil lukisan Mariusz, beliau telah berjaya menjual lukisannya di pelbagai benua termasuklah Amerika Syarikat, England, Korea Selatan, Australian, New Zealand dan banyak lagi. Selain itu, impiannya untuk membuka gallery di bandar New York telah menjadi kenyataan pada tahun 2018. Baru-baru ini Mariusz telah menerima satu anugerah iaitu The Global Art Awards di Shanghai pada September 2020. 




Untuk pengetahuan anda, kerjayaan Mariusz telah menjadi inspirasi kepada ramai artis seni di luar sana untuk menjaya seperti beliau. Walau pun tidak mempunyai tangan yang sempurna, lukisan Mariusz sangat menarik dan teliti. Ini kan pula kita yang mempunyai tangan yang sempurna. Apa yang penting adalah usaha kita untuk berjaya.


Itulah sedikit sebanyak mengenai diri dan kejayaan beliau. Gambar di bawah ini adalah hasil lukisan Mariusz. Sekirannya anda berminat untuk mengikuti perkembangan beliau, sila ikuti Mariusz di laman instagram beliau iaitu @mariuszkedzierski












Cancel

Terima Kasih atas comment anda