-->

9 Gambar Apa Yang Menarik Minggu Ini?

 

Gambar menarik minggu ini adalah gambar yang berikatan dengan isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia pada masa tersebut. Gambar menarik minggu ini diperoleh dari pelbagai sumber, dan semestinya hanya gambar yang menarik sahaja dikongsikan di sini. Seperti gambar di bawah ini....


Gambar: Lluís Gené- sumber

1. Gambar Menarik Minggu Ini " Pesakit Covid Dibawa Keluar"



Gambar: Lluís Gené- sumber


Gambar: Lluís Gené- sumber

Apa hal pula pesakit tu dibawa keluar? Ini adalah Marta Pascual berusia 72 tahun, seorang pesakit yang menghidapi Covid -19. Beliau dibawa keluar oleh kakitangan perubatan dari Hospital del Mar, untuk menghirup udara segar di tepi laut di pantai La Barceloneta, Barcelona, ​​Sepanyol.


Mungkin Anda Berminat Dengan 10 Gambar Pemenang Pertandingan World Press Photo 2020


2. Gambar Menarik Minggu Ini "Tunjuk Perasaan Di Myanmar"


Photograph: Reuters

Ini adalah gambar  kumpulan penunjuk perasaan yang sedang baring di atas tanah, setelah polis melepaskan tembakan untuk membubarkan mereka. Sejak rampasan kuasa berkalu pada 1 Februari lalu, lebih dari 50 orang terkorban.


3. Gambar Menarik Minggu Ini " Letusan Gunung Sinabung"


Gambar: Sastrawan Ginting-sumber

Gambar ini adalah gambar gunung Sinabung yang mengeluarkan debu dan asap setinggi 5,000 meter ke udara. Menurut geologi tempatan, letusan gunung Sinabung bermula dengan mengeluarkan asap dan debu pada awal pagi, dan pihak mereka telah merekodkan 13 letusan susulan selepas itu.


Mungkin Anda Berminat Dengan 12 Gambar Pelik Tapi Menarik


Gunung Sinabung adalah gunung berapi yang terdapat di Kabupaten Karo, pulau Sumatera, Indonesia. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, gunung Sinabung tidak berapa aktif selama beberapa abad, namun ia aktif semula pada tahun 2010. Dimana letusan tersebut telah mengorbankan dua nyawa.


Gambar: Sastrawan Ginting-sumber

Gunung Sinabung yang berketinggian 2,455 meter ini tidak lagi aktif sehinggalah pada tahun 2013 ia kembali semula aktif sehinggalah sekarang secara berkala. Pada tahun 2014 letusan gunung berapi ini telah membunxh 16 orang, manakala 7 lagi terkorban dalam letusan pada tahun 2016.


4. Gambar Menarik Minggu Ini " Bandar Berhantu"


Gambar: Maria Passer-sumber

Gambar ini diambil di sebuah tempat di wilayah Sementnozavodsky Russia. Apa yang menariknya gambar ini adalah salji telah meliputi di seluruh kawasan bangunan tersebut. Bukan saja di luar malah di dalam rumah pun terdapat salji, ini disebabkan berubaha cuaca yang terlampau ekstrem sejuknya sehingga mencapai -50 darjah Celsius.


Gambar: Maria Passer-sumber


Gambar: Maria Passer-sumber

Ramai penduduk yang tinggal di kawasan tersebut terpaksa berpindah ke kawsan bandar yang lebih baik dan mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda