-->

16 Gambar Penyu Dan Jenisnya

 

Di bawah ini adalah gambar penyu dari pelbagai sumber dan sedikit infomasi mengenai jenis-jenis penyu. Kita tahu spesies penyu adalah antara spesies yang teracam dan kadar penurunannya semakin serius. Maka sudah tiba masanya untuk kita belajar dan cuba mendekati hidupan ini agar kita dapat memahami setiap kejadian di atas muka bumi ini. 

Sumber Gambar

Penyu atau nama saintifiknya Chelonioidea, sejenis reptilia dari Testudines. Testudines ini merupakan reptilia yang mempunyai kulit keras buatan tulan atau rawan yang berkembang daripada rusuk dan berfungsi sebagai perisai. 


Terdapat pelbagai jensi spesies penyu, di bawah ini ooh-senyum senaraikan 4 jenis penyu yang patut anda ketahui.


1. Gambar Penyu Kara atau Penyu Sisik.


Sumber Gambar

Penyu Kara atau nama saintifiknya Eretmochelys Imbricata, mempunyai cangkerang yang sangat keras dan ianya kelihatan seperti bersisik. Kebiasaannya warna penyu jenis kara ini berwarna coklat dan ia boleh membesar sehingga 70 hingga 90 sm dan beratnya boleh menjadi 75 kg. 


Sumber Gambar

Sumber Gambar

Makanan utama penyu kera ini adalah span dan karang lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Disebabkan makanan utama penyu ini keras, maka bentuk paruh pada mulut penyu ini menyerupai paru seperti seekor helang. kebiasaannya penyu jenis ini terdapat di negeri Terangganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, 


2.  Gambar Penyu Belimbing 


Sumber Gambar


Penyu Belimbing atau nama saintifiknya ialah Dermochelys coriace, sejeni penyu yang terbesar antara penyu-punyi lain yang terdapat di dunia ini.  Untuk pengetahuan anda, spesies penyu Belimbing ini semakin hari semakin mengalami kepupusan. 



Sumber Gambar

Penyu Belimbing ini mempunyai cengkerang yang lembut dan mempunyai 7 jalur yang panjang, dari kepala sehingga ke ekornya. Tidak hairanlah penyu ini dikenali sebagai belimbing, di sebabkan  cengkerannya yang menyerupai seperti buah belimbing. 


Sumber Gambar

Penyu Belimbing ini mampu membesar sehingga beratnya boleh mencapai 600kg dan panjangnya 2 meter. Dan penyu ini mampu menyelam sedalam 400 meter hingga 1,200 meter ke dalam laut. Kalau anda perhatikan dengan betul gambar penyu ini, anda boleh lihat dibahagian atas mulutnya kelihatan melengkung, ini memudahkan penyu Belimbing untuk menangkap obor-obor dan ia merupakan makanan utama penyu ini.



3. Gambar Penyu Agar 


Sumber Gambar

Penyu Agar  atau nama Saintifiknya Chelonia mydas, merupakan penyu yang berwarna hijau atau coklat mengikut warna lemak dalam badan penyu ini. Penyu Agar mampu membesar sehingga beratnya 135 - 270 kg dan panjangnya boleh mencapai lebih dari 1 meter.


Sumber Gambar

Sumber Gambar

Makanan utama Penyu Agar ini adalah rumpai laut, dan kebiasannya Penyu Agar ini boleh dijumpai di negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Penyu Agar juga mampu menghasikan telur sebanyak 100-140 biji setiap kali bertelur, dan biasanya musim Penyu Agar ini bertelur pada April sehingga September


Mungkin Anda Berminat Dengan Gambar Haiwan Pelik Tapi Benar


4. Gambar Penyu Lipas


Sumber Gambar

Penyu Lipas atau nama Saintifiknya ialah Lepidochelys Olivecia. Penyu ini adalah antara penyu yang terkecil yang berada di Malaysia. Penyu ini boleh membesar sehinggai 6 ke 6.5 sentimeter dan beratnya boleh mencapai sehingga 50 kg sahaja. 


Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar

Makanan utamanya Penyu Lipas ini adalah sama seperti penyu-penyu lain iaitu udang, obor-obor, ketam dan siput. Anda boleh menjumpai penyu ini di negeri seperti Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Untuk infomasi anda, spesies penyu ini semaki berkurangan dan diancam kepupusan.


Sumber Gambar

Haiwan seperti penyu ini perlu diselamatkan, dan antara penyebab utama kepupusan haiwan ini adalah aktiviti manusia. Contohnya bahana plastik seperti botol minuman, tong minyak yang digunakan untuk menghasilkan botol plastik dan banyak lagi.


Tahukan Anda, Tapak Longgokan Sampah Yang Terbesar Di Dunia? 


Sumber Gambar.

Longgokan sampah yang terbesar di dunia bukanlah terletak di daratan, tetapi ianya terletak di lautan Pasifik Utara Tengah, yang dikenali sebagai “Lingkaran Sampah Pasifik”. Plastik yang dibuang akan memberikan isyarat palus kepada haiwan seperti penyu dan ikan-ikan yang lain. Ini kerana haiwan tersebut akan menganggap plastik itu adalah makanannya, dan akibatnya proses penghadaman menjadi sukar dan membawa kemvtian kepada haiwan tersebut.


Mengikut kajian yang dijalan oleh Universiti Plymouth, pencemaran plastik mengancam sekurang-kurangnya 700 jenis spesis hidupan marin manakala sekurang-kurangnya 100 milion mamalia laut terbunuh setiap tahun akibat pencemaran laut.-sumber



Mungkin Anda Berminat Dengan 10 Gambar Viral Yang Dipercayai Benar Adalah Palsu


Sumber


Cancel

Terima Kasih atas comment anda