-->

Kereta Termahal Di Dunia 2023 (17 Gambar)

 


Mesti korang nak tahukan kereta termahal di dunia pada tahun 2023. Sememangnya ada, cuma biasalah setiap tahun pasti ada saja keluaran kereta baru yang lebih mahal dari sebelumnya. Ini kan strategi pemasaran.


Bila kita bercerita mengenai kereta termahal di dunia 2023, mesti korang terfikir enjin yang power, badan kereta yang ditempah khas, tayar yang mahal, pendek kata semua barang yang mahal-mahal lah. Tapi hakikatnya tidak, sebab kereta termahal di dunia ini bukan berfokuskan pada barang mahal, tetapi keselesaan kenderaan dan jenama selain barang kereta yang mahal. - sumber


Kebanyakkan orang cakap kereta termahal di dunia ialah Bugatti atau Ferrari? jom tengok senarai kereta termahal di dunia 2023 di bawah ini :


   1.    Kereta Termahal Di Dunia 2023 -Rolls-Royce Boat Tail : (28 Juta Dollor atau RM123.5 Juta)



Inilah kereta termahal di dunia pada tahun 2023. Kenapa kereta ini mahal? sebab pembeli boleh membuat penempahan khas melalui Rolls-Royce iaitu pelangan boleh menempah kereta mengikut citarasa pelanggan itu sendiri.





Nilai dan harga sesuatu selalunya dikatakan dua perkara berbeza. Bagi kereta termahal di dunia ini, nilainya cukup istimewa bagi pembeli yang menempahnya secara istimewa melalui Rolls-Royce Coachbuild – satu program baharu yang diperkenalkan oleh jenama kereta mewah itu yang membolehkan pelanggan paling elit mereka untuk menempah kereta mengikut citarasa pelanggan itu sendiri.



Kereta "Custom" ini mengambil masa lebih 4 tahun untuk disiapkan dan setiap perinciannya dibuat khas untuk pemiliknya. Di kabarkan kereta yang ditempah khas ini dimiliki oleh pasangan ikon hiburan terkenal di dunia iaitu Beyonce dan Jay-Z.


Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : Kapal Terbang Paling Besar Di Dunia (18 Gambar)


2. Kereta Termahal Di Dunia 2023-Bugatti La Voiture Noire : (18 Juta atau RM79 Juta)



Ini pula kereta ke dua, kereta termahal di dunia 2023, Bugatti La Voiture Noire  adalah sebuah kereta yang hanya dihasilkan seunit sahaja. Kereta supercar ini edisi terhad, jadi siapa cepat dia dapat. Bukan mudah membina kereta ini, mereka mengambil masa selama 2 tahun dan sebanyak 65,000 jam kejuruteraan dihabiskan untuk projek tersebut yang membuatkan model tersebut jauh berbeza daripada Chiron. 




Untuk pengetahuan anda, La Voiture Noire bermaksud kereta hitam dalam bahasa Perancis, jadi itu sebablah rupa bentuk kereta ini serba hitam. Enjin yang digunakan kereta ini ialah enjin W16 8L kuad-turbo berkuasa 1,479hp dan tork 1,600Nm yang diambil daripada Chiron. 



Bugatti juga tidak menerima bidaan untuk model tersebut kerana sudah pun mempunyai pemilik. Supercar itu dijual pada harga €11 juta (RM55 juta) kepada seorang pengumpul yang tidak didedahkan identiti. 




3. Kereta Termahal Di Dunia 2023-Pagani Zonda HP Barchetta : (17 Juta atau RM73 Juta)




Ini pula kereta Pagani, sebuah kereta yang terakhir dibuat oleh syarikat ini. Lebih 18 tahun sudah kereta ini di dalam pasaran dunia. Kereta Zonda HP Barchetta menjadi sebuah model paling eksklusif di keluarkan oleh Pagani iaitu hanya 3 unit sahaja. 




Laporan mengatakan bahawa satu unit akan menyertai barisan koleksi peribadi pengasas jenama itu iaitu Horacia Pagani.


Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : Kereta Termahal Di Dunia 2019 (8 Gambar)


4. Kereta Termahal Di Dunia 2023-SP Automotive Chaos:  (14 Juta atau RM61 Juta)




Kereta ke 4 paling termahal di dunia pada 2023 Spyros Panopoulos Automotive Chaos, sebuah kereta yang dibina untuk kegunaan harian dan prestasi yang lebih hebat dengan kuasa enjin V10. 





Biasalah kereta kalau mahal mesti terhad kan, kereta ini hanya dibuat 100 buah sahaja.


Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : Gambar Lawak 19 (12 Gambar)



Cancel

Terima Kasih atas comment anda