Seni Visual Kreatif "Rumah Ice Cream"

 Seni visual kreatif " Rumah Ice Cream" atau dalam bahasa english nya "Home Sweet Home",  dihasilkan oleh seorang karya seni yang meminati teknologi AI. Beliau percaya bahawa AI adalah alat yang membolehkan manusia menonjolkan kreativiti tanpa batasan. 

Individu yang dimaksudkan adalah Vincent Smadja, seorang artis seni yang terkenal dengan cara kreatifnya menggunakan teknologi AI, khususnya melalui platform Midjourney, sebuah platform AI yang membantu beliau menzahirkan idea-idea kreatifnya.

Bagi Vincent, AI adalah alat yang membolehkan manusia mengeluarkan kreativiti mereka tanpa batasan. Beliau percaya bahawa satu-satunya had kreativiti adalah imaginasi. Dengan bantuan AI, Vincent dapat menghidupkan idea-idea yang sebelum ini tidak dapat direalisasikan.

Projek IfOnlyAI adalah platform yang dicipta oleh Vincent untuk mempamerkan seni dan ideanya. Pada mulanya, IfOnlyAI hanya bertujuan untuk berkongsi karya seni Vincent, tetapi dalam masa dua bulan, projek ini mendapat perhatian yang meluas. Hari ini, Vincent sepenuhnya berdedikasi untuk projek ini, bekerja dengan pelbagai klien dari pelbagai sektor.

Vincent mendefinisikan kreativiti dalam konteks AI sebagai "eksponensial". Beliau menyatakan bahawa AI membolehkan manusia menonjolkan kreativiti mereka . AI bertindak sebagai tangan baru manusia yang membantu merealisasikan impian, keinginan, dan kreatif tanpa batasan.


Vincent menjelaskan bahawa cabaran utama dalam menggunakan AI untuk meningkatkan kreativiti adalah memastikan karya yang dihasilkan adalah unik dan bukan hasil plagiarisme. Beliau sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa proses kreatifnya yang dihasilkan adalah asli dan tidak pernah dilihat sebelum ini. -sumber

Mungkin Anda Berminat :

Lukisan Menarik 2 Watak Kartun Menjadi 1 (10 Gambar)

10 Gambar Hantu Sebenar?

6 Gambar Permainan Mencari Benda Yang Tersembunyi Berserta Jawapan


Sekirannya anda berminat dan ingin tahu perkembangan karya seni Vincent Smadja, sila layari instagram beliau Klik Sini. Di bawah ini hasil seni visual kreatif "Home Sweet Home" dari Vincent Smadja.










1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post