-->

11 Gambar Fakta Pelik Tapi Benar Di Seluruh Dunia


Terdapat banyak fakta yang sangat aneh di dunia ini ianya benar tetapi ada yang tidak masuk akal sehinggakan dianggap palsu. Walau bagaimanapun kadangkala pengetahuan kita terhad dan membuatkan kita meragui sesuatu.Walaupun hakikatnya ianya benar. Contohnya seperti ini, 


"seseorang kanak-kanak yang dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai lutut, lutut akan terbina sendirinya apabila kanak-kanak tersebut berusia dua atau tiga tahun." Macam pelik kan tapi ianya benar.
Oleh itu kita perlu menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita dengan membanyakkan membaca, melihat, dan mendengar. Sebelum kita menilai sesuatu perkara, terutamanya yang di luar ilmu pengetahuan kita, kita hendaklah terlebih dahulu menyiasat perkara tersebut.
Gambar di bawah ini adalah sesuatu yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.
Haiwan Kebangsaan Scotland adalah unicorn.Pelik bukan tapi ianya benar.





Jerung ini dikenali sebagai greenland shark. Jerung ini juga dikenali sebagai jerung berwarna kelabu atau you kelabu atau dalam bahasa Inggerisnya grey shark. Kalau anda nak tahu jerung ini mempunyai jangka hayat yang paling lama dianggarkan antara 300 hingga 500 tahun dan spesies jerung ini spesies yang paling besar.
Anda nak tahu Sir Hugh Eyre Campbell Beaver ini adalah pengasas sebuah buku yang kenali sebagai The Guinness World Records. Pada tahun 1951 beliau mengadakan satu pesta menembak di Ireland. Dalam pesta tersebut beliau ditanya oleh orang lelaki mengenai burung apakah yang terpantas di Eropah?. Jadi beliau cuba mencari jawapan melalui buku rujukan. Namun beliau gagal.

Pendekkan cerita beliau mula berfikir buku yang perlu dikeluarkan bagi menjawab persoalan yang kadangkala pelik tapi benar. Maka terciptalah buku The Guinness World Records.
Gambar di atas adalah seekor udang lipan , udang mentadak atau dalam bahasa Inggerisnya Mantis shrimp. Apa yang uniknya udang ini adalah jenis udang yang terpantas dalam acara memukul. Anda boleh rujuk melalui video d YouTube. Saje letak gambar udang yang telah dimasak.





Moose adalah seekor rusa atau dikenali sebagai amerika Utara dan rusa ini merupakan rusa terbesar dan paling berat dalam keluarga rusa. Apa yang istimewanya rusa ini adalah beberapa hari selepas lahir, rusa ini mampu berenang dan menyelam sedalam 6 meter.


Kalau anda nak tahu jarak antara bumi dan bulan boleh dimuatkan seluruh planet sistem suria seperti dalam gambar ini.
Kalau anda nak tahu pengeluar tayar getah paling terbesar di dunia adalah lego. Pengeluaran tayar adalah lebih daripada 50 peratus pada pengeluar tayar yang lain bridgestone atau good years. Walaupun tayar yang dikeluarkan lego untuk kenderaan mainan tapi ianya agak mengagumkan.

Gigi sebenarnya boleh disambung semula ke akarnya. Dengan meletakkan kembali gigit tersebut di tempat asal.

 Nak Lagi tambah pengetahuan anda, penguin sebenarnya mempunyai lutut,
 lutut itu tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh bulu-bulunya.

15 Gambar Makeup Zaman Sekarang Makin Pelik

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda