-->

Restoran Pelik Dari Seluruh Dunia (8 Gambar)

Sebuah syarikat di Afrika Selatan mempromosikan alternatif makanan yang berprotein iaitu hanya menyajikan makanan sejenis serangga.

Restoran yang unik ini terletak di GoodFood, Cape Town. Pelbagai jenis makanan yang disediakan dari serangga. Sebuah syarikat bernama Gourmet Grubb dengan ahli sains bernama Leah Bessa, orang yang mengasaskan restoran ini. Menurut Leah Bessa  "Kami mahu mencipta alternatif protein yang baik dan yang boleh membuat perubahan positif pada masa akan datang ,".




Restoran serangga ini dikatakan restoran pertama di Afrika Selatan yang menggunakan serangga sebagai sumber protein mereka.

UNESCO dan Pertubuhan Pertanian mengakui, lebih daripada 1,900 spesies serangga yang boleh dihasilkan menjadi protein dalam makanan dan boleh dimakan oleh manusia. Menurut Leah Bessa, restoran ini akan dibuka pada pertengahan tahun 2020.-sumber




Restoran Chodovar Brewery And Spa menawarkan pengalaman berharga dan pelik pada para pengujung mereka. Apa yang menariknya di restoran ini adalah pelayan  mereka akan mengisi sebuah bak mandi untuk para pengujung yang mandi bersama dengan minuman bir mereka. Pendek kata mereka akan mandi bersama bir, hebat bukan.




Pengunjung yang datang pun diminta untuk masuk ke dalam bak mandi dan sambil makan makanan yang mereka telah pesan. Restoran yang terletak di Republik Ceko ini sudah terkenal di seluruh dunia.-sumber



Sebuah restoran di New Delhi, India menjadi tumpuan orang ramai. Ini kerana hiasan yang menarik dan jenis makanan yang dijual, serta konsep perkhidmatan yang mereka gunakan adalah Robot.


Robot biru dan putih yang dihiasi dengan selendang merah akan membawa makanan para pengujung dengan menggunakan dulang. 
Robot ini juga akan mengangkut hidangan kotor yang telah digunakan oleh pelanggan mereka.

Menurut pemilik restoran ini yang dikenali sebagai Karthik Kannan. "Kami telah mencuba pelbagai konsep untuk menarik minat pengujung. Salah satu usaha yang telah kami lakukan adalah menghiasi tempat makan, tetapi itu tidak menjadi,".


"Sehingga akhirnya, kami membuat keputusan untuk membina restoran dengan tema robot, kami akan menjadikan mereka pelayan. Pekara ini akan menjadi unik dan pelik bagi masyarakat india," katanya.


Inspirasi ini diperolehi oleh Kannan apabila dia melihat terdapat banyak restoran di luar negara yang menggunakan teknologi seperti ini. -sumber