-->

3 Gambar Cerita Bas Nombor 14


Gambar hiasan

“Maaf tuan saya ingin pergi ke hospital besar. Tetapi saya tidak pasti bagaimana untuk ke sana. Saya baru je sampai di Kuala Lumpur ni”. seorang lelaki bertanya seorang pegawai polis.

"Baiklah, pergi ke stesen bas di depan sana. Tunggu bas 14. Bas itu akan bawa kamu ke sana” kata pegawai polis itu menunjukkan sebuah stesen bas yang tidak jauh dari situ.

“Baiklah, terima kasih”
Gambar Hiasan

Pegawai polis itu berlalu pergi dengan kereta peronda nya.4 jam kemudian, polis berkenaan melalui lagi tempat berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lelaki yang bertanya tadi masih di situ menunggu bas.

Polis itu segera menghampirinya Dan bertanya: “kamu masih menunggu?” kan saya dah kata naik bas 14?”


“oh, tuan! Ya tuan, saya sedang menunggu bas. Setakat ini baru 12 buah bas yang lalu. Tinggal dua buah bas saja lagi untuk sampai bas yang ke-14. Dah tak lama dah”
Gambar Hiasan

Sumber Majalah Solusi isu no 36
Cancel

Terima Kasih atas comment anda