-->

6 Gambar Anak Ular Tedung Sembur Merah





Pelik pula nama ular tedung tu kan, ular tedung sembur merah. Sebenarnya itu nama dalam bahasa melayu, kalau bahasa sentifiknya ialah Naja pallida atau The Red Spitting Cobra. Dikenali sebagai sembur merah, disebabkan ular tedung ini mempunyai semburan  yang berwarna merah, simple kan.


"Cobra" adalah is istilah bahasa Portugis bagi ular; ia di ambil dari perkataan Latin akhir *colobra (bagi klasik coluber, colubra). Apabila juragan Portugis tiba di persisiran Afrika dan Asia Selatan pada abad ke 16, mereka menamakan cobra sebagai "cobra-capelo" = "ular-bertudung"; dari gabungan ini, nama tersebut diserap oleh bahasa Sepanyol, Perancis, Inggeris, dan bahasa Eropah lain.-sumber


Instagram @lika_pxl
Ular tedung sembur merah ini adalah salah satu jenis spesies ular tedung sembur yang berasal dari Afrika.  Ular tedung sembur merah ini mempunayi saiz yang sederhana iaitu dalam 0.7 meter hingga 1.2 menter. Namun ular tedung ini boleh mencapai panjang maksimumnya sehingga 1.5 meter. Anda boleh lihat video anak ular tedung sembur merah ini di akhir post.


Ular Tedung Sembur Merah


Yang menariknya ular tedung sembur merah ini mempunyai pelbagai warna, bergantung pada tempat di mana ular tedung ini dijumpai. Sebagai contoh ular tedung sembur merah di bahagian selantan Kenya dan Tanzania utara mempunyai warna oren-merah, dengan jalur lebar, biru gelap atau kerongkong yang berwarna hitam. 

Ular tedung sembur merah ini hidup di kawasan darat dan sangat cepat bergerak. Bagi spesies ular tedung dewasa, biasanya hanya aktif di malam hari. Manakala spesies ular tedung remaja lebih aktif pada siang hari. 
Habitan ular tedung sembur merah ini biasanya suka pada tempat terpencil dan tersembunyi seperti  kawasan pokok kayu yang lama, lubang, timbunan daun-daun dan kawasan tanah liat. Dan apabila ular ini terasa terancam, ular tedung sembur merah akan mengembangkan lehernya dan mengeluarkan bunyi. 

Sekiranya penceroboh tidak berundur, ular tedung ini akan menyembur racunnya ke wajah penceroboh tersebut. Semburan racun itu akan menyebabkan kesakitan yang amat pedih seperti terbakar dan boleh menjadi buta. Walaupun begitu, jarang dilaporkan kemvtian manusia disebabkan oleh ular tedung sembur merah ini.-sumber
Itu sediki sebanyak mengenai The Red Spitting Cobra, gambar di bawah ini adalah anak ular tedung sembur merah yang dipelihar oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Lika Ivanova.  Terdapat lebih dari 2,000 gambar yang menarik telah dimuatnaik oleh beliau di laman instagramnya iaitu @lika_pxl.








3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda