-->

10 Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia


Sebelum itu, untuk pengetahuan anda Mutasi adalah istilah biologi mengenai perubahan yang berlaku dalam bahan genetik (DNA atau RNA). Mutasi biasalah berlaku atas kesilapan penyalinan semasa pembahagian sel, dan ini akan menyebabkan berlakunya ketumbuhan yang baru. Tidak semua manusia lahir dengan sempurna. Terdapat 3 jenis manusia yang dilahirkan ke dunia ini, pertama manusia yang lahir dengan cukup sifatnya. Jenis kedua, manusia yang lahir kurang sifatnya. Maksud kurang sifatnya adalah berikatan dengan tubuh badan manusia tersebut atau dikenali sebagai Orang Kurang Upaya.

Jenis manusia ketiga adalah, manusia yang mempunyai lebih sifatnya. Sifat lebih bermaksud seperti "memiliki jari tangan lebih dari 5", namun kategori ini disamakan dengan OKU. Ini kerana sifatnya tidak tergolong dalam kategori cukup sifat.

Walapun apa pun jenis manusia yang dilahir, kita patut bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini. 

Gambar dibawah ini adalah Contoh Mutasi Gen Pada Manusia. 

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia-Ini bukan manusia pelik, lidah ini dikenali sebagai fimbreated fold of toungue yang terletak dibawah lidah. Kita juga mempunyai lidah seperti ini, namun ianya terlalu kecil. Ianya tidak berbahaya, tetapi berpontesi menghadapi masalah gigi.

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia-lelaki ini memilik lebihan jari atau dikenali dari segi sainsnya Polydactyly atau polydactylism dari segi bahasa Greek, πολύς (polys) yang bermaksud 'banyak', dan δάκτυλος (daktylos), yang bermaksud 'jari'), ia juga dikenali sebagai hyperdactyly. 

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia-manusia memiliki warna rambut yang berbeza. Sebenarnya dia mengalami Sindrom Waardengurg, sindrom ini disebabkan genetik yang jarang berlaku dan akan mempengaruhi warna rambut, kulit dan mata serta kadang-kala boleh memyebabkan kehilang pendengaran.

Sindrom seperti ini akan berlaku dalam kadar kelahiran 1 daripada 42,000 kelahiran manusia. Sindrom ini tidak ada penawar tetapi boleh diurus.

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia- gambar ini menunjukan seorang anak (tengah) dan ibu bapanya (kiri dan kanan). Untuk pengetahuan anda, semua manusia di dunia ini adalah kombinasi gen atau gabungan gen yang diberikan oleh ibu bapa kita. Setiap gen adalah pelan tindakan untuk tubuh kita dan  ibu bapa kita mengandungi maklumat yang diberikan kepada kita semasa dalam kandungan seperti warna mata, rambut, warna kulit dan sebagainya. Dan kadang kala kita berbeza dengan ibu bapa kita seperti dalam gambar ini, ini bermaksud kita mengalami ganguan genetik.-sumber

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia-jangan rasa hairan, tangan ini dikenali sebagai Ulnar dimelia atau tangan bercermin. Memilik jari yang sama, seperti cermin. Pada tahun 2015 terdapat 70 kes mengenai Ulnar dimelia.

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia-ini bukan alien ok, ini dikenali sebagai Symbrachydactyly adalah kelainan kongenital, menyebabkan kekurangan pada jari tangan atau kaki.boleh rujuk di sini


Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia-Anda lihat kukunya, manusia ini tidak memilik kuku dari segi sains dikenali sebagai Anonychia congenita ia adalah keadaan yang menjejaskan kuku tangan dan kuku kaki. Ketiadaan kuku dapat dilihat semasa kelahiran (kongenital). Dalam sesetengah kes, hanya sebahagian daripada kuku yang hilang dikenali sebagai (hyponychia) atau tidak semua jari tangan dan jari kaki hilang (tiada). Individu yang mempunyai anonychia congenita, dia seperti manusia normal. Tiada ganggun penyakit akibat anonychia congenita ini-Rujuk Sini

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia- siapa memilik 2 putaran rambut? ini bukanlah penyakit, ini adalah ganggun genetik. Anak saya juga memilik 2 putaran rambut, menurut orang kampung sesiapa memilik 2 putaran rambut, dimurahkan rezeki apabila dia memilihara binatang. Kata orang "menjadi kalau peliharan binatang ini"

Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia- Heterokromia ialah hasil daripada keterlebihan atau kekurangan zat,dan ia juga diwarisi atau disebabkan penyakit. Banyak kemungkinan, jadi sekirannya anda atau ada rakan anda memilik mata seperti ini, sila rujuk doktor ye, takut-takut penyakit.


Gambar Contoh Mutasi Gen Pada Manusia- Lihat rambut ibu dan anaknya, sama kan. Dalam kes ini, ianya dikenali sebagai Poliosis merujuk kepada tampalan rambut putih . Ia disebabkan oleh kekurangan  pigmen di batang rambut. Ianya sering dilihat pada rambut, tetapi terdapat juga di kening, bulu mata atau tempat lain.
Poliosis mungkin berlaku kerana kecacatan yang diwarisi atau folikel rambut rosak. Untuk lebih lanjut sila rujuk di sini


2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda