-->

Adik Beradik Sanggup Membaiki Kasut Demi Ke Sekolah (3 Gambar)




Kisah inspirasi untuk anda, sekirannya ia memberi kesan terhadap diri anda sila kongsikan kisah ini di laman sosial. Kisah ini berlaku di negara Filipina, mengenai dua orang adik beradik yang sanggup membaiki kasut di tepi jalan sebelum menuju ke sekolah.

Dua adik beradik ini dikenali sebagai Manuelita dan Micko Borbon, mereka adalah pelajar di Sekolah Kebangsaan Palawan di bandar Puerto Princesa di Palawan, Filipina.



Setiap hari, kakaknya berusia 13 tahun akan mengikuti adiknya yang berusia 12 tahun untuk pergi ke tepi jalan bagi membantu ibu bapa mereka membaiki kasut sebelum pergi ke sekolah. Mereka akan membaiki kasut seberapa banyak yang mungkin sehinggalah mereka mendapat wang yang cukup untuk perbelanjaan makan tengah hari.

Sekiranya mereka mendapat lebihaan wang, mereka juga akan menyimpan untuk perbelanjaan sekolah akan datang seperti membeli alat tulis.



Menurut ibunya Mary Ann Borbon,

"beliau berbangga dengan kesungguhan anak mereka yang sanggup mencari pendapatan sendiri dan berusaha untuk pergi ke sekolah"

Ibu bapa Manuelita dan Micko Borbon sebenarnya tidak mampu menanggung persekolahan anak mereka disebabkan pendapatan mereka yang kurang serta tidak memiliki rumah sendiri.

Bagi Manuelita dan Micko, mereka tidak merasa malu dengan apa yang mereka buat. Ini kerana mereka percaya bahawa apa yang mereka buat ini adalah demi mendapatkan pendidikan yang lebih baik. -sumber