-->

Luahan Suami, Isteri Muncung Sehari Sebab Kain Buruk



Inilah dunia sebenar kehidupan suami isteri, hal kecil pun boleh jadi besar. Sebagai suami anda perlu tahu fungsi kain buruk dalam rumah, sama juga dengan fungsi kain buruk untuk lap kereta, ada jenis kain lap badan kereta, kain lap tayar atau rim kereta, kain lap enjin kereta dan kain lap dalam kereta.

Jom baca luahan seorang suami mengenai isterinya yang muncung sehari sebab kain buruk menerusi laman Facebook,yang menarik perhatian orang ramai sila ambil pengajaran.

"Hal kain buruk pun boleh jadi isu. Isteri aku minta kain buruk untuk lap kipas. So aku bagilah kain buruk yang kat sinki tu.

"Tapi dia cakap kenapa bagi kain buruk sangat? Eh, aku salah dengar ke tadi? Kain buruklah tu.

"Then dia cakap ambillah lain buruk yang baru. Aku peninglah. Dia minta kain buruk ke kain baru sebenarnya?" soal lelaki itu.

Tambah lelaki itu lagi, isterinya juga sering membebel dan bermasam muka setiap kali dia memasak.

"Kadang-kadang lepas aku masak nanti aku kena bebel pasal kain buruk. Muncung dia satu hari. Pastu dia basuh kain buruk sehelai dua tu guna mesin basuh.

"Aku baru tahu kain buruk ada jawatan masing-masing. Kain lap singki, kain lap dapur, kain lap air tumpah, dan macam-macam.

"So para suami sekalian, berhati-hatilah bila nak guna kain buruk tu ya. Tanya dulu jawatan kain tu," ujarnya berseloroh.


Sehingga kini, paparan skrin perkongsian berkenaan menerima lebih 5,100 ulang kicau (Retweet).-sumber