-->

Cara Nak Tarik Pelanggan (8 Gambar)


Cara nak tarik pelanggan bukan mudah, anda perlu ada kemahiran dan ilmu pengetahuan mengenai cara perniagaan. Cara nak tarik pelanggan bergantung dengan barang yang anda ingin diniagakan. Cara yang diberikan ini adalah cara pasar raya menarik pelanggan. Contohnya supermaket, G * Mart, Tesco, Damansara City Mall dan banyak lagi.

Anda perasaan tak apabila anda ke pasar raya ini, contohnya anda nak beli gula. Gula akan berada jauh di bahagian hujung kedai, agaknya kenapa? 

Kita pasti tertanya-tanya kenapa penempatan barang-barang di pasar raya tersebut kelihatan huru-hara? Sebenarnya tidak ada yang salah untuk meletak barang-barang ini. Susun atur barangan di pusat membeli-belah telah pun dikira dengan teliti oleh pengurusan bagi meningkatkan penjualan. 

Di bawah ini adalah cara bagaimana pasar raya menarik pelanggan mereka untuk membeli.


1. Pelanggan Sengaja Dikelirukan 



Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa barang yang sama tidak diletakkan berdekatan dengan satu sama lain? Seperti makanan dan minuman diletakkan di kawasan berjauahan atara satu sama yang lain.

Tujuan sebenarnya adalah mereka mahukan anda mencari barangan tersebut sambil berjalan melihat persekitaran kedai, dan dengan harapan anda akan membeli barangan lain apabila anda melaluinya. Bijak bukan kan.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Institut Sains Pemasaran, 68% pembeli yang berjalan di kawasan pasar raya akan membuat pembelian tidak dirancang, berbanding 51% daripada mereka yang hanya berjalan tanpa membeli.


2. Tanda Harga Bernombor 9



Mungkin anda perasaan dengan tanda harga bernombor 9 ini. Sebenarnya nombor 9 ini boleh menarik minat para pelanggan untuk membeli barang, contohnya barang yang berharga RM9.90 berbanding dengan harga RM10.00. Mana yang nampak lagi murah?

Dalam artikel Maoj Thomas dan Vicki Morwitz, Journal of Consumer Research pada tahun 2005 ketika proses "menukarkan kepada analog" ini berlaku, bahagian terpantas otak kita sebenarnya mula menyusun maklumat sebelum kita benar-benar menyelesaikan proses membaca kiri-ke-kanan. Oleh itu, harga yang diihat $ 59, 99 bermakna kurang dari $ 60.00 kerana yang paling kiri melihat pada nombor "5" dikodkan sebagai kurang daripada nombor 6. Ini adalah bahagian psikologi yang dikenali sebagai Kesan kiri-digit -Sumber


3. Barang Yang Mahal Mudah Didapati



Biasanya mana-mana kedai akan meletakkan barang yang mahal pada kedudukan yang mudah dilihat dan mudah untuk diambil, berbanding dengan barang yang murah.

Selain itu, barang untuk kanak-kanak seperti alat permainan biasanya akan diletakkan dibahagian yang mudah dilihat pada paras mata kanak-kanak tersebut. Boleh dikatakan barang ini terletak di bahagian bawah, agar mudah di capai dan secara tidak langsung menarik ibubapa untuk membelinya. Namun begitu, anda kenalah bijak, jangan lah pula meletak alat mainan yang mudah pecah di bahagian bawah.


4. Pasar raya Trolley



Pelbagai bentuk trolley yang disediakan oleh pasar raya, ianya bukan saja membantu anda bagi mengumpul barang tetapi mempergaruhi anda untuk membeli lebih banyak barang. Itu sebablah pasar raya menyedaikan pelbagai bentuk trolley.  

Satu kajian mendapati bahawa menggandakan saiz trolley akan membuat pelanggan membeli 40% lebih. Contohnya, di Whole Foods, saiz trolley mereka hampir menjadi dua kali ganda.


5. Muzik Mempengaruhi Pembeli



Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Procedia Economics and Finance mendapati bahawa muzik yang sering kita dengar di pasar raya atau pusat membeli-belah, boleh meningkatkan keinginan pembeli bagi menghabiskan masa dan wang di kedai tersebut.

Terdapat pasar raya yang suka memainkan lagu dengan irama yang "slow" supaya anda berasa lebih santai dan berjalan dengan lebih perlahan. Kajian menunjukkan bahawa berjalan pada kelajuan yang perlahan membuat pelanggan membeli lebih banyak sehingga 29%.


6. Barang Keperluaan Terletak Jauh



Barang keperluan seperti beras, telor, gula, garam dan lain-lain, biasanya terletak jauh dari pintu pasar raya tersebut. Ini kerana kedai tersebut mahukan pembeli berjalan melepasi beberapa barang yang lain sebelum membeli barang keperluan mereka.


7. Bau Makanan



Selalunya pasar raya akan menyediakan makanan di dalam pasar raya itu sendiri. Bau yang lazat akan menyelubungi di semua kawasan pasar raya dan secara tidak langsung akan mempengaruhi pembeli untuk membeli makanan. Maklumlah setelah penat berjalan di dalam pasar raya  anda pasti akan merasa haus atau lapar kan.

Sumber