-->

Kereta Terbesar Dalam Sejarah Dunia (9 Gambar)



Peeeee besar gila kereta gergasi Ini , 15 kali, lebih besar dari kereta biasa. Kirannya kereta ini paling terbesar dalam sejarah dunia. betul kah? sebenarnya kereta ini di perbuat daripada kayu, dan ia tidak bergerak sama sekali, dan ia adalah Model kereta terbesar dalam sejarah dunia (kayu).

Kisahnya bermula sebelum kejatuhan pasaran kereta di negara Amerika Syarikat. Syarikat yang membuat kereta terbesar dalam sejarah dunia ini dikenali sebagai Syarikat Studebaker. Pada masa itu, Studebaker memiliki 3 buah kilang yang sangat besar dan menghasilkan lebih daripada 180,000 kereta dalam setahun.

Apabila berlakunya kemerosotan penjualan kereta, syarikat Studebaker cuba mengurangkan skala operasi kilang mereka dan cuba bertahan dalam pasaran dunia. 

Pada masa yang sama, syarikat pengeluaran kereta ini cuba mencari idea bagi menarik orang ramai sekali gus mempromosikan jenaman kenderaan mereka. Dan muncul lah idea untuk membuat kereta terbesar dalam sejarah dunia ini yang dikenali sebagai kereta Studebaker President Eight, yang diperbuat dari kayu pada tahun 1938.

Kereta ini berukuran lebih dari 40 kaki panjangnya dan 14 kaki tinggi, manakala berat kereta ini lebih kurang 5.5 tan. Kereta gergasi ini di letakkan di pintu masuk Studebaker Proving Grounds, di luar bandar asal South Bend, Indiana.

Gambar di bawah adalah model kereta terbesar dalam sejarah dunia yang di buat oleh syarikat Studebaker.








Walaupun tidak boleh bergerak, tapi saiznya amat mengagumkan. Namun kereta ini hanya terbiar dikawasan lapang selama 60 hari. 

Malangnya,disebabkan penduduk tidak mahu kereta ini berada dikawasan lapang, maka syarikat ini memutuskan untuk membakarnya.-sumber