-->

Seorang Guru Berwajah Baby Face (5 Gambar)


Mungkin anda semua akan terkejut bila anda melihat seorang guru berwajah baby face. Bila melihat wajahnya memang nampak sangat muda, sehinggakan guru yang mengajar di tempat itu tidak percaya kehadirannya sebagai seorang guru.


Beliau dikenali sebagai Ian Francis Manga, seorang guru di San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina. Beliau mengajar pelajar tadika dan tahap gred ke dua (dalam sistem pelajaran di negara Filipina). 




Walau pun usianya kini baru 22 tahun, tetapi wajahnya membuat dia kelihatan berusia 10 tahun. Menurut manga, dia kemungkinan mempunyai penyakit terutamanya bahagia wajahnya yang kelihatan muda sentiasa. Namun begitu pembesaran tubuh badannya tidak lah menghalang dia membesar seperti orang lain.



Oleh kerana wajahnya yang kelihatan seperti Baby Face, dia tidak pernah merasakan dibuli oleh orang lain terutamanya kawan disekelilingnya . Mungkin disebabkan wajahnya yang sangat comel dan menawan, rasanya tak sampai hati nak buli orang yang berwajah baby face ini.



Sebagai seorang guru, manga mengambil berat tentang cara bagaimana mendidik anak muridnya agar mereka lebih bijak dan  merasa seronok bila berada di sekolah. Manga juga seorang yang amat tegas terutamanya semasa mengajar anak muridnya. Menurut manga 

 "When I get serious, they get serious as well, he said of his students. And I need to be strict because I am a teacher. It can't always be all play, they also need to be serious in class."