-->

10 Gambar Bersama Santa Claus Yang Lawak


Ini adalah koleksi gambar bersama Santa Claus yang lawak, lucu dan menghiburkan. Seperti di mana-mana tempat Santa Claus akan berada di shopping mall bagi bertujuaan bergambar bersama para pengunjung di maal tersebut. Ini adalah salah satu cara menarik para pelanggan dan dalam masa yang sama meraikkan suasana hari perayaan Krismas.


Cara bergambar dengan Santa Claus ini adalah dengan duduk di atas riba kakinya, bagi menunjukkan bertapa sayangnya Santa Claus dengan anda. Bukan mudah menjadi Santa Claus di sebuah Shopping Mall yang besar, dengan penuh para pengunjung yang terpaksa beratur panjang, menunggu giliran untuk bergambar bersama Santa Claus.

Cuba bayangkan anda sebagai Santa Claus, yang duduk di kerusi dan terpaksa melayan kerenah para pengunjung. Sangat mencabar tau, agaknya berapa lah gaji Santa Claus yang berada di Mall itu ye?

Cerita mengenai Santa Claus, anda tahu siapa itu Santa Claus?  "Santa Claus" adalah nama gelaran bagi seseorang yang dikenali sebagai St. Nicholas, yang merupakan kisah dari sebuah kawasan yang dikenali sebagai Myra pada abad ke-4. 

Dia dikenali sebagai seorang yang murah dan sanggup membantu sesiapa sahaja. Selepas dia meninggal, kisah kemurahan hatinya tersebar di seluruh dunia dan dia mula dipanggil "Sinter Klass" di Belanda. Dan lama ke lamaan istilah itu bertukar kepada "Santa Claus" yang diketahui di seluruh dunia.

Jadi persoalannya apa kaitan Santa Claus dengan Krismas? 

Memandangkan Santa Claus atau St. Nicholas meninggal pada 6 Disember dan hari krismas pula jauh pada 25 Disember, tarikh yang tidak berapa jauh, maka kisah Santa Claus sentiasa menjadi sebutan pada hari perayaan Krismas. 

Akan tetapi watak Santa Claus pada zaman dulu sangat berbeza dengan Santa Claus pada zaman sekarang.  Wataknya yang berpakaian serba merah, menaiki rusa terbang dan memberi hadiah ke dalam stokin itu merupakan penokok tambah oleh zaman terkemudian. -Sumber

Itulah sedikit sebanyak kisah Santa Claus, di bawah ini adalah koleksi gambar Santa Claus bersama para pengunjung yang lawak dan menghiburkan.











Cancel

Terima Kasih atas comment anda