-->

Kisah Inspirasi Badan Kurus Menjadi Sado (10 Gambar)



Kisah inspirasi kali ini mengenai seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Iliya, yang berusaha mengubah badannya dari kurus ke badan yang lebih sado.


Gambar di bawah ini adalah Iliya semasa dia berusia 16 tahun.  Ketika ini dia menjadi ahli sukan di sekolahnya, walau pun fizikal badannya yang kecil dia tetap berusaha keras untuk berjaya dalam bidang sukan yang diceburinya.





Menurut Iliya, dia sangat kecewa  selepas mengetahui yang dia telah di reject oleh pasukannya sendiri. Akibatnya dia telah berhenti untuk menuruskan usahannya menjadi seorang pemain bola sepak yang terbaik dan dia menyesal atas keputusannya itu.



Semasa menyambut hari jadi Iliya pada usia 16 tahun, dia telah berhasrat untuk mengubah fizikalnya agar kelihatan lebih baik dan kuat. Dan semenjak itu, dia sentiasa berusaha pergi berlatih di gym dan mengubah cara pemakanannya.

Gambar di bawah ini adalah Iliya semasa berusia 19 tahun. Nampaknya perubahan badannya menjadi.




Dan gambar di bawah ini pula ketika dia berusia 22 tahun. 




Menurut Iliya, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi seperti mana dia sekarang, niatnya yang hanya ingin menjadi lebih baik dan kuat tetapi telah mengubahnya menjadi lebih menarik. 




Iliya ingin memberi nasihat dan motivasi kepada orang ramai agar mengejar cita-cita dengan bersungguh-sungguh walaupun anda kecewa sebelum itu, tapi percayalah anda pasti akan menjadi lebih baik.





Sumber
Cancel

Terima Kasih atas comment anda