-->

Keluarga Albino Terbesar Di Dunia (12 Gambar)


Inilah keluarga yang mengalami penyakit Albino yang terbesar di dunia. Bermulanya dengan ibubapa yang mengalami penyakit Albino, diwarisi oleh anak-anaknya yang berjumplah 10 orang. 


Sebelum itu, mari kita memahami apa itu penyakit Albino? albinism atau albino adalah gangguan genetik yang dicirikan oleh pengurangan pengeluaran melanin (pigmen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata) ke keseluruhan atau sebahagia tubuh badannya.


Kesan penyakit albinisme atau yang sering dipanggil orang albino mempunyai rambut, kulit, dan mata yang cerah. Untuk maklumat anda tiada ubat untuk penyakit albinisme, tetapi orang yang mempunyai penyakit albinisme ini, boleh mengambil langkah dengan melindungi kulit mereka daripada cahaya matahari dan memaksimumkan penglihatan mereka.


Berbalik dengan keluarga Albino terbesar di dunia ini adalah berasal dari negara India. Ketua keluarga Albino ini dikenali sebagai Roseturai Pullan yang berusia 50 tahun dan isterinya Mani yang berusia 45 tahun, mereka berkahwin pada tahun 1983 dan mereka ini dari kecil penghidap penyakit albino. 


Oleh kerana penyakit genetik, maka 6 orang anak mereka juga mengalami penyakit yang sama albino. Senarai anak mereka yang mengalami penyakit albino ialah :



  1. Vijay (25 tahun)
  2. Shankar (24 tahun)
  3. Renu (23 tahun)
  4. Deepa (21 tahun)
  5. Ramkishan (19 tahun)
  6. Pooja (18 tahun).



Keluarga ini semakin berkembang apabila anak perempuannya yang ke 3 iaitu Renu telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai  Rosheh (27 tahun) juga mempunyai penyakit yang sama Albino atau albinisme. Hasil dari perkahwin mereka, lahirnya anak yang dinamakan Dharamraj berusia 2 tahun, yang juga mewarisi gen orang tuanya. 




Keluarga ini tinggal di sebuah flat di Delhi, India. Dengan kulit yang kelihatan putih pucat dan warna rambut keperangan, menjadikan orang ramai menganggap keluarga ini berasal dari negara England.





Menurut Mani  "Apa yang kita tahu ialah kita tidak boleh melihat dengan betul dan tidak boleh duduk di bawah sinar matahari untuk masa yang lama, tetapi kami hidup dengan cara yang terbaik," 

Sumber



Cancel

Terima Kasih atas comment anda